AbstractKajian ini bertujuan untuk menganalisis geografi pilihan raya dengan mengambil negeri Perlis Indera Kayangan sebagai lokasi kajian yang amat jarang dibincangkan dalam konteks akademik. Berkedudukan jauh di bahagian utara Semenanjung Malaysia dengan saiz yang kecil dan penduduk serta pengundi yang tidak ramai menyebabkan negeri ini dipinggirkan dalam konteks analisis politik negara ini. Namun, faktor geografi keruangan seperti kepencilan, saiz yang kecil serta pemilih yang tidak ramai tersebut sebenarnya menghasilkan suatu keadaan atau senario yang unik dan menarik untuk dikaji. Kajian dan penulisan ini adalah berdasarkan kepada analisis lokasi dan saiz dalam geografi pilihan raya, pemerhatian di lapangan, analisis data keputusan pilihan raya dan rujukan sumber sekunder yang berkaitan dan bersesuaian. Dengan menggunakan analisis data pilihan raya negeri Perlis dan ulasan sumber sekunder, hasil kajian mendapati dari segi analisis geografi politik dan pilihan raya iaitu saiz negeri Perlis.....