UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

355 record(s) found

1
Abstract
Kraf tembaga merupakan salah satu bidang kraf tangan di Malaysia yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sebagaimana kraf tenunan songket yang mempunyai produk lagendanya melalui penghasilan kain limar dan cindai, kraf tembaga juga mempunyai produk warisan yang masih dikenali sehingga kini seperti tepak sireh, pahar, cerek air dan kebak laksa. Bekas Bara Besar Terengganu merupakan salah satu produk kraf warisan tinggalan pengkarya seni kraf tembaga yang terdahulu di Terengganu yang belum diketahui umum secara meluas berbanding produk warisan kraf tembaga yang lain. Produk kraf warisan yang diperbuat daripada bahan tembaga putih ini banyak mempamerkan ketinggian kemahiran dari segi teknologi pembuatan dan keunikan reka bentuk serta reka corak hiasan pada pembuatannya. Atas kesedaran perlunya mengenengahkan Bekas Bara Besar Terengganu kepada umum, maka satu kajian dijalankan bagi mengenalpasti ciri-ciri ekstrinsik yang signifikan dengan Bekas Bara Besar Terengganu supaya ianya boleh d.....
Article Published 2016 1474 hits Available
2
Abstract
Kajian yang menggunakan pendekatan deskriptif perbandingan ini bertujuan untuk mencari titik persamaan dan perbezaan pengendalian kata ganda antara KD dengan KBBL Kajian secara interteks ini memilih KD dan KBBI atas dasar peranannya sebagai sebuah kamus ekabahasa berwibawa yang menjadi pegangan dan rujukan utama dari aspek kebahasaan dan kosa kata. Kajian ini memberi fokus kepada dua aspek penting iaitu status masukan dan pemerian makna. Status masukan meliputi taraf kata ganda dalam karnus sarna ada bersifat lema, prakategori, sublema, rangkai kata, variasi,polisemi, dan rujuk silang. Ini termasuklah pola setara dan tidak setara yang wujud dalam kata dan terbitan kata yang mengalami penggandaan serta pengertian longgar tentang status kata ganda yang dikacaukan sebagai gabungan kata atau kata majmuk dalam kamus. Pemerian makna pula mencakup butir-butir semantik yang melatari kata ganda tersebut sama ada membawa makna leksikal atau makna nahuan. Aspek pemerian makna ini menampilkan bebe.....
Thesis Published 2015 1215 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis geografi pilihan raya dengan mengambil negeri Perlis Indera Kayangan sebagai lokasi kajian yang amat jarang dibincangkan dalam konteks akademik. Berkedudukan jauh di bahagian utara Semenanjung Malaysia dengan saiz yang kecil dan penduduk serta pengundi yang tidak ramai menyebabkan negeri ini dipinggirkan dalam konteks analisis politik negara ini. Namun, faktor geografi keruangan seperti kepencilan, saiz yang kecil serta pemilih yang tidak ramai tersebut sebenarnya menghasilkan suatu keadaan atau senario yang unik dan menarik untuk dikaji. Kajian dan penulisan ini adalah berdasarkan kepada analisis lokasi dan saiz dalam geografi pilihan raya, pemerhatian di lapangan, analisis data keputusan pilihan raya dan rujukan sumber sekunder yang berkaitan dan bersesuaian. Dengan menggunakan analisis data pilihan raya negeri Perlis dan ulasan sumber sekunder, hasil kajian mendapati dari segi analisis geografi politik dan pilihan raya iaitu saiz negeri Perlis.....
Article Published 2018 1569 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan kepimpinan pengajaran guru besar dan disiplin kerja dengan motivasi kerja dan pencapaian prestasi akademik pelajar sekolah rendah Jakarta Pusat Indonesia. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Sampel kajian terdiri daripada enam orang responden bagi kaedah (temu bual) dan 150 orang responden (tinjauan). Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan antara kepimpinan pengajaran guru besar dengan prestasi akademik pelajar dengan nilai hubungan korelasi sebesar (r = 0.454, p < 0.05); hubungan yang signifikan antara disiplin kerja guru dengan prestasi akademik pelajar dengan nilai korelasi sebesar (r= 0.576, p < 0.05); hubungan yang signifikan diantara motivasi kerja dengan prestasi akademik pelajar dengan nilai korelasi sebesar ( r = 0.537, p < 0.05); hubungan yang signifikan antara kepimpinan pengajaran guru besar dengan motivasi kerja gur.....
Thesis Published 2018 1128 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan mendalami tentang amalan kepimpinan guru besar sekolah rendah akreditasi C di daerah Paser, Indonesia. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Pemilihan responden dijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan tiga orang guru besar sekolah rendah di daerah Paser, Indonesia. Instrumen yang digunakan bagi mengumpul data ialah temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga guru besar sebagai pemimpin sekolah dikesan mengamalkan sebahagian ciri-ciri yang telah disarankan oleh teori kepimpinan instruksional dan strategi kepimpinan. Elemenelemen yang diamalkan oleh guru besar adalah merancang matlamat sekolah, menyebar matlamat sekolah, merancang pengurusan program pengajaran, menyelia dan menilai program pengajaran, memantau kemajuan murid, menilai pengurusan program pengajaran, merancang iklim sekolah yang positif, mengawal waktu pengajaran, menggalakkan pembangunan profesional, .....
Thesis Published 2019 1801 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan kepimpinan distributif guru besar wanita dengan komitmen guru di sekolah-sekolah rendah Wilayah Keramat, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan  instrumen Distributed Leadership Inventory (DLI) dan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ).  Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai  301 orang guru daripada sembilan buah sekolah rendah yang telah dipilih. Data dianalisis dengan  menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens. Dapatan kajian secara keseluruhan  menjelaskan hubungan amalan kepimpinan distributif guru besar wanita dan komitmen guru di Wilayah  Keramat adalah pada tahap lemah, r(301) = 0.340, p < 0.05. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat  perbezaan yang signifikan antara komitmen guru berdasarkan faktor jantina, t(301) = 1.693, p >  0.05, umur, F(3, 301) = 0.793, p = 0.499 dan tahap pendidikan, F(3, 301) = 2.613, p = 0.051. Walau  bagaimanap.....
Thesis Published 2018 2038 hits Available
10
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengkaji  pengaruh  antara  kepimpinan  transformasional guru besar  terhadap komitmen kerja guru di sekolah rendah yang menerima Bai'ah di Sarawak.  Pendekatan    kuantitatif   reka-bentuk  deskriptif  korelasi  telah  digunakan dalam kajian ini. Sampel terdiri  daripada 507 orang guru dari 17 buah sekolah yang menerima  Bai'ah  di Sarawak. Data  dianalisis   menggunakan  ujian-t, ANOVA sehala, korelasi  Pearson  dan  regresi  pelbagai.  Dapatan  kajian   menunjukkan  bahawa  tahap amalan kepimpinan transformasional (min = 4.25) dan komitmen kerja guru  (min = 4.13) adalah pada tahap yang tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan   yang  signifikan  antara  tahap  amalan  kepimpinan  transformasional  dan komitmen kerja guru (r  =0.185, p = 0.00). Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa pemboleh   ubah   kepimpinan    transformasional   pertama   iaitu   membina   .....
Thesis Published 2018 1986 hits Available
First Prev
Page 1 of 36

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.