AbstractKajian ini bertujuan membangun dan menilai Modul Bioaction berorientasikan Model ASSURE dan digabungjalinkan dengan Model Inkuiri, IDEAL dan Model Konstruktivisme Needham Lima Fasa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, melibatkan 60 orang pelajar Tingkatan Empat aliran sains di sebuah sekolah daerah Cameron Highlands. Modul Bioaction yang dibina mengandungi manual eksperimen pelajar, manual guru, borang senarai semak penilaian keupayaan pelajar mengendalikan aktiviti amali, dua set kertas soalan penilaian dan skema jawapan. Bagi menilai modul ini, sebanyak tiga eksperimen telah dipilih berdasarkan sukatan pelajaran Biologi Sijil Pelajaran Malaysia. Setiap eksperimen melibatkan lima elemen iaitu keupayaan merancang eksperimen, menjalankan eksperimen, mengumpul data, mentafsir data serta membuat kesimpulan, dan mengaplikasi eksperimen dengan topik pembelajaran. Kesemua elemen ini telah dinilai berdasarkan skrip jawapan pelajar kecuali elemen menjalankan eksperimen yang dinilai seca.....