|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Kannan Rajagopal |
| 1 | 2016 Thesis | Membina dan menilai modul bioaction bagi pengendalian aktiviti amali mata pelajaran Biologi tingkatan empat Kannan Rajagopal Kajian ini bertujuan membangun dan menilai Modul Bioaction berorientasikan Model ASSURE dan digabungjalinkan dengan Model Inkuiri, IDEAL dan Model Konstruktivisme Needham Lima Fasa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, melibatkan 60 orang pelajar Tingkatan Empat aliran sains di sebuah sekolah daerah Cameron Highlands. Modul Bioaction yang dibina mengandungi manual eksperimen pelajar, manual guru, borang senarai semak penilaian keupayaan pelajar mengendalikan aktiviti amali, dua set kertas soalan penilaian dan skema jawapan. Bagi menilai modul ini, sebanyak tiga eksperimen telah dipilih berdasarkan sukatan pelajaran Biologi Sijil Pelajaran Malaysia. Setiap eksperimen melibatkan lima elemen iaitu keupayaan merancang eksperimen, menjalankan eksperimen, mengumpul data, mentafsir data serta membuat kesimpulan, dan mengaplikasi eksperimen dengan topik pembelajaran. Kesemua elemen ini telah dinilai berdasarkan skrip jawapan pelajar kecuali elemen menjalankan eksperimen yang dinilai seca..... 2171 hits |
| 2 | 2008 Thesis | Pembinaan herbarium - kaedah alternatif dalam pembelajaran topik kepelbagaian tumbuhan sains tingkatan 2 Kannan Rajagopal Kajian ini adalah bertujuan unruk mengkaji keberkesanan aktiviti pembinaan herbarium dalam pembelajaran
topik Kepelbagaian Tumbuhan bagi mata pelajaran Sains
tingkatan 2. Populasi kajian terdiri daripada 160 orang pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah
Kebangsaan Ringlet Cameron Highlands, negeri Pahang. Seramai 80 orang pelajar sebagai kumpulan
eksperimen yang telah mengikuti aktiviti pembinaan herbarium dan 80 orang pelajar sebagai kumpulan
kawalan yang telah mengikuti pembelajaran kaedah biasa dengan membuat folio bagi topik Kepelbagaian
Tumbuhan telah dipilih secara persampelan bertujuan. Pengkaji telah menyediakan satu set soalan
Ujian Pra yang mengandungi 30 soalan beraneka pilihan bagi pelajar. Kedua-dua kumpulan pelajar
telah menjawab sebelum aktiviti pembelajaran dijalankan. Selepas Ujian Pra diberi. Aktiviti
pembinaan herbarium untuk kumpulan eksperimen dan pembelajaran kaedah biasa untuk kumpulan kawalan
telah ditadbir. Selepas 3 sesi aktiviti pembe..... 20 hits |