UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Khusnidar Muhammad Daud |
1 | 2019 article | Cabaran guru prasekolah dalam menerapkan Pendidikan Stem Khusnidar Muhammad Daud Guru berperanan penting dalam menyokong kanak-kanak bagi menjayakan pendidikan STEM. Kajian kes ini bertujuan untuk menerangkan mengenai cabaran yang dihadapi oleh guru prasekolah dalam menerapkan pendidikan STEM ke atas kanak-kanak umur 4 sehingga 6 tahun. Peserta kajian ini terdiri daripada 2 orang guru dan 36 orang kanak-kanak. Data diperolehi daripada pemerhatian selama tiga hingga 4 bulan dan temu bual guru. Dapatan kajian menunjukkan cabaran utama penerapan pendidikan STEM adalah guru kurang menguasai pedagogi dalam konteks pengajaran sains dan kekurangan alat untuk menjalankan aktiviti penyiasatan. Selain itu, tumpuan kanak-kanak semasa proses pembelajaran berlangsung serta persepsi ibu bapa turut menjadi cabaran dalam menerapkan pendidikan STEM di prasekolah. Dengan mengenalpasti cabaran ini, langkah mengatasinya dapat diambil bagi memastikan pendidikan STEM di prasekolah dapat diterapkan.. 555 hits |
2 | 2022 thesis | Penerokaan Kemahiran Proses Sains Asas dan elemen STEM dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah menerusi Pendekatan Projek Khusnidar Muhammad Daud Kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA)
dan elemen STEM dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah menerusi Pendekatan
Projek. Kajian ini dijalankan di Tadika di negeri Perak secara kualitatif menggunakan
reka bentuk kajian pelbagai kes. Sampel kajian melibatkan 15 orang kanak-kanak, dua
orang pendidik serta lima orang ibu bapa. Data kajian diperolehi daripada hasil
triangulasi pelbagai sumber data iaitu pemerhatian, temubual separa berstruktur dan
analisis dokumen yang dianalisis dengan kaedah analisis naratif dan kandungan
berdasarkan kepada tema. Hasil kajian mendapati bahawa kanak-kanak telah
menguasai keseluruhan KPSA dan dua Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB).
Aspek elemen STEM yang dikuasai pula adalah pelbagai pengetahuan sains, kemahiran
saintifik dan spatial serta nilai. Semasa pelaksanaan, pendidik menghadapi beberapa
cabaran di antaranya kekurangan dari segi alat untuk menjalankan sesuatu aktiviti,
pengetahuan pedagogi pend..... 366 hits |