AbstractPendidikan Islam merupakan subjek yang perlu dikuasai oleh setiap murid yang beragama Islam selaras dengan objektif Falsafah Pendidikan Islam ke arah kemenjadian murid secara seimbang dari sudut penguasaan pengetahuan, kemahiran, nilai dan tingkah laku. Artikel ini bertujuan untuk menyorot pelaksanaan penyoalan lisan dalam pengajaran Pendidikan Islam melalui strategi pengajaran yang digunakan oleh guru serta aplikasinya dalam topik tayamum. Sorotan ini mendapati penggunaan penyoalan lisan guru adalah penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan serta membantu mengasah kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis murid...