UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

15 record(s) found

1
Abstract
Analisis pengajaran dan pembelajaran topik pecahan mendapati sebahagian murid menghadapi kesukaran untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Pelbagai jenis kesilapan dapat dikesan melalui ujian diagnostik, pemerhatian, temu bual serta analisis dokumen seperti lembaran kerja dan buku latihan murid. Antara kesilapan yang dikenal pasti ialah kesilapan algoritma bahagi, membina sifir, menulis nombor bercampur dan penggunaan garis nombor pecahan. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan membantu meningkatkan penguasaan murid berpencapaian lemah Tahun 4 dalam topik pecahan yang melibatkan kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Peserta kajian dibimbing untuk memahami konsep dan seterusnya menguasai kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan menggunakan bahan manipulatif ATS. Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid perempuan yang dipilih berdasarkan pencapaian ujian diagnostik. Kajian tindakan ini menggunakan pend.....
Article Published 2016 1684 hits Available
2
Abstract
Aktiviti membentuk doh boleh diaplikasikan untuk membantu murid bermasalah pembelajaran mempelajari kemahiran mengenal huruf. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana aktiviti menggunakan membentuk doh dapat membantu meningkatkan penguasaan mengenal huruf dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran. Kajian eksperimental kuasi dijalankan terhadap enam orang murid bermasalah pembelajaran yang dipilih secara pensampelan bertujuan di tiga buah sekolah menengah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) di dua buah daerah di negeri Perak Darul Ridzuan. Kumpulan kawalan di Sekolah A terdiri daripada dua orang murid (M1 dan M2) manakala rawatan dijalankan di Sekolah B dan Sekolah C. M3 dan M4 di Sekolah B menerima Rawatan 1 menggunakan aktiviti membentuk doh manakala M5 dan M6 di Sekolah C menerima Rawatan 2 menggunakan aktiviti percikan. Alat kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca dan kajian telah dilaksanakan selama tiga bulan. Dapatan kajian.....
Article Published 2015 1649 hits Available
3
Abstract
Kajian kuasi eksperimen ini bertujuan mengkaji kesan kelompok bimbingan kecil dan kelompok bimbingan besar Modul Penyesuaian Pemikiran Kerjaya (PPK) yang berorientasikan teori Kognitif Pemprosesan Maklumat dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang memperoleh skor tinggi dan sederhana dalam ketidakfungsian pemikiran kerjaya. Keberkesanan kelompok bimbingan kecil dan kelompok bimbingan besar diukur daripada segi pengurangan kekeliruan membuat keputusan, kebimbangan komitmen, konflik luaran dan peningkatan situasi vokasional kumpulan rawatan. Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah menengah di daerah Hulu Selangor, Selangor. Soal selidik yang digunakan mengandungi maklumat peribadi dan dua soal selidik kajian iaitu Soal Selidik Pemikiran Kerjaya dan Soal Selidik Situasi Vokasional. Seramai 108 subjek dipilih memasuki dua jenis kelompok rawatan dan satu kelompok kawalan. Subjek rawatan KBK ialah 36 orang pelajar yang dibahagikan kepada tiga kelompok kec.....
Thesis Published 2016 1893 hits Available
4
Abstract
The  purpose  of  the  study  was  to  determine  the  effects  of  stance-width  on  muscle  activation and number of repetitions completed during narrow, shoulder-width and wide stance during  Romanian deadlift (RDL) exercise. Thirty recreationally active, resistance trained  men,  aged   19-23  years  old  were  randomly  recruited  based  on  volunteerism  as participants  in  this   study.  The  participants  were  assigned  to  perform  the  RDL  with narrow, shoulder-width and  wide stances while carrying 80% of one repetition maximum loading. Muscle activation was measured  using electromyography (EMG) method at the vastus lateralis, biceps femoris, gluteus maximus and  multifidus muscles. The EMG data were reported in concentric and eccentric values. The participants  were given three trials, and the number of repetitions and EMG of most successful set were taken to  be analyzed. One way repeated measure Analysis of Varian.....
Thesis Published 2019 2766 hits Limited
5
Abstract
Kimia hijau dapat memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan kurikulum kimia di negara kita untuk memastikan kejayaan pendidikan mengenai kelestarian atau persekitaran. Amali kimia hijau menggunakan konsep pengurangan bahan kimia dengan menggantikannya dengan bahan semulajadi, bahan kitar semula dan bahan yang lebih lestari. Kajian eksperimen-kuasi ini mengkaji keberkesanan eksperimen kimia hijau ke atas pencapaian pelajar dalam topik elektrokimia. Ujian pra dan pasca diberikan kepada 22 orang pelajar sekolah menengah yang mengambil mata pelajaran Kimia Tingkatan Empat dan mereka dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menjalankan aktiviti amali berpandukan manual amali kimia hijau sementara kumpulan kawalan pula menjalankan amali kimia konvensional berdasarkan buku teks amali yang disediakan oleh kementerian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan ujian-t. Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang si.....
Article Published 2021 1404 hits Available
6
Abstract
Pendidikan Islam merupakan subjek yang perlu dikuasai oleh setiap murid yang beragama Islam selaras dengan objektif Falsafah Pendidikan Islam ke arah kemenjadian murid secara seimbang dari sudut penguasaan pengetahuan, kemahiran, nilai dan tingkah laku. Artikel ini bertujuan untuk menyorot pelaksanaan penyoalan lisan dalam pengajaran Pendidikan Islam melalui strategi pengajaran yang digunakan oleh guru serta aplikasinya dalam topik tayamum. Sorotan ini mendapati penggunaan penyoalan lisan guru adalah penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan serta membantu mengasah kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis murid...
Article Published 2021 785 hits Available
7
Abstract
This study aimed to analyze the essential oils composition, phytochemistry, anatomical and antioxidant activity of the genus Vitex (V. negundo and V. trifolia) and Plectranthus (P. amboinicus and P. monostachyus) from Lamiaceae family. The essential oils were obtained via hydrodistillation technique and their chemical compositions were determined by gas chromatography (GC-FID) and gas chromatography-mass spectrometry (GC-MS). The phytochemicals were obtained using chromatography techniques and their structures were confirmed by spectroscopic data and comparison with literatures. The anatomical study have been investigated on the lamina, midrib and petiole of the leaves part. The antioxidant activity of the essential oils was investigated using DPPH free radical scavenging assay. The study showed a total of 14 and 18 components were identified from the leaf oils of V. negundo (92.8%) and V. trifolia (91.5%), respectively. The results revealed that the essential oils are made.....
Thesis Published 2021 1492 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan membina manual CHEMISTREE dan menilai kesannya ke atas pencapaian pelajar bagi topik Elektrokimia, minat mereka terhadap a1nali kimia hijau, dan amalan kelestarian alam. Kajian ini juga mengenal pasti faktor peramal bagi amalan kelestarian alam. Pembinaan manual CHEMISTREE adalah berdasarkan model ADDIE. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen siri-masa digt1nakan dalam kajian ini. Responden kajian terdiri daripada 30 orang pelajar kimia yang dibahagikan sama rata ke dalam kumpulan kawalan dan rawatan. Tiga instrumen digunakan iaitu soal selidik analisis keperluan, soal selidik minat terhadap amali kimia hijau dan amalan kelestarian alam pelajar, serta ujian pencapaian topik elektrokimia. Analisis deskriptif digunakan dalam kajian a11alisis keperluan, manakala analisis inferensi menggunakan ujian-t dan analisis regrasi berganda. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor praujian dan pascaujian bagi kumpulan.....
Thesis Published 2023 1354 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah bahan bantu pembelajaran, iaitu kad imbas bagi standard kandungan penyediaan garam. Kajian ini juga bagi menguji kebolehgunaan kad imbas Salt Prep dari aspek kebergunaan, kepuasan, mudah diguna dan mudah dipelajari dalam kalangan pelajar kimia tingkatan 4. Kajian ini adalah kajian pembangunan yang menggunakan model ADDIE sebagai model reka bentuk instruksional. Kajian ini melibatkan 153 orang responden pelajar tingkatan 4 di tujuh buah sekolah menengah di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang penilaian kesahan kandungan dan soal selidik kebolehgunaan kad imbas Salt Prep. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan nilai kesahan kandungan kad imbas Salt Prep ialah 100%. Nilai pekali alfa Cronbach bagi kebolehpercayaan soal selidik kebolehgunaan kad imbas Salt Prep adalah 0.965. Dapatan kajian kebolehgunaan kad imbas Salt Prep menunjukkan nila.....
Final Year Project Published 2024 611 hits Available
10
Abstract
ABSTRAK Guru merupakan insan yang mulia dan mendidik adalah profesion yang dihormati oleh masyarakat. Sehubungan itu, guru perlu cemerlang daripada aspek sahsiah dan keterampilan. Artikel ini menganalisis tentang ciri personaliti guru geografi yang cemerlang dengan memberi fokus kepada aspek sahsiah dan keterampilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Responden yang terlibat ialah pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) seramai 144 orang. Borang kaji selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data. Dapatan kajian menunjukkan persepsi responden berada dalam tahap yang tinggi untuk tahap sahsiah dan keterampilan personaliti guru untuk semua komponen iaitu aspek diri sendiri dan sosial. Bagi aspek tahap sahsiah personaliti guru geografi yang cemerlang daripada aspek diri sendiri, item guru geografi perlu penampilan menarik untuk meningkatkan tahap keyakinan diri (M=4.79, S.P=0.41) merupakan item yang paling tinggi. Manakala bagi t.....
Article Published 2023 432 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.