UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Marshelayanti Mohamad Razali
12016
article
Penglibatan politik belia : satu analisis penyertaan konvensional di Malaysia
Mohamad Razali Marshelayanti, Boyman Siti Noranizahhafizah, Ilham Hussin Nafisah, Wan Mohd Nor Wan Asna,
Artikel ini bertujuan untuk meneroka sejauh mana penyertaan politik belia di Malaysia. Secara khususnya, artikel ini akan menjawab soalan-soalan berikut: Apakah jenis penglibatan politik yang kerap disertai oleh belia di Malaysia? Bagaimanakah tahap penglibatan politik golongan ini? Adakah jantina, tahap pendidikan dan kawasan tempat tinggal mempunyai kaitan dengan penglibatan politik? Apakah faktor yang mempengaruhi mereka untuk melibatkan diri dalam politik? Seramai 417 responden yang berumur di antara 18-40 tahun dipilih secara rawak untuk menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Secara umumnya, kajian ini mendapati bahawa responden mempunyai tahap penglibatan politik yang sederhana. Majoriti responden menyatakan mereka mengundi dalam setiap pilihan raya umum yang diadakan dan hanya segelintir daripada mereka yang menghubungi pemimpin politik. Minat terhadap politik merupakan faktor utama yang mendorong mereka untuk terlibat dengan politik. Tahap politik yang sederhana ini perlu.....

1930 hits

22018
article
Persepsi mahasiswa pengajian Malaysia terhadap pilihan raya umum ke-14
Marshelayanti Mohamad Razali
Artikel ini bertujuan untuk meneroka persepsi mahasiswa Pengajian Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap Pilihan Raya Umum ke-14. Secara khususnya, artikel ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut: Apakah sumber maklumat politik mahasiswa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14? Bagaimanakah persepsi mahasiwa terhadap PRU ke-14? Bagi menjawab persolan ini, pendekatan kuantitatif dilakukan dengan menggunakan kaedah survei. Seramai112 mahasiswa yang mengikuti program Pengajian Malaysia di Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI dipilih untuk menjawab borang soal selidik. Secara umumnya, kajian ini mendapati bahawa bagi sumber bercetak,akhbar harian perdana merupakan sumber utama manakala bagi sumber elektronik pula, laman sosial adalah sumber utama bagi pencarian maklumat politik. Secara keseluruhannya, mahasiswa UPSI menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menang pada PRU ke-14...

775 hits

32021
article
Media baharu dan aktiviti politik belia Melayu di Selangor
Marshelayanti Mohamad Razali
Di Malaysia, penggunaan media baharu dalam aspek politik semakin meluas terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-10. Dari segi kumpulan umur, belia merupakan golongan yang paling tinggi menggunakan media baharu ini. Namun, bagaimanakah golongan belia ini menggunakan media baharu bagi tujuan politik? Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menilai penggunaan media baharu bagi aktiviti politik dalam kalangan belia di Selangor. Khususnya, artikel ini meneliti aktiviti politik menerusi media baharu, tahap penggunaan media baharu bagi aktiviti politik, dan hubungan di antara faktor demografi dan penggunaan media baharu bagi aktiviti politik. Dengan menggunakan survei sebagai kaedah pengumpulan data, seramai 200 responden yang berumur di antara umur 18-40 tahun telah dipilih secara rawak di Selangor untuk menjawab borang soal selidik. Data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistic Packages for Social Science) versi 22.0. Secara umumnya, dapatan kajian mendapati.....

307 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.