UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

26 record(s) found

Simplified search suggestions : Mazlini Adnan
1
Abstract
Kajian ini bertujuan menentukan keupayaan murid cemerlang akademik tingkatan empat dalam menyelesaikan masalah algebra bukan rutin di Sarawak. Seramai 88 orang murid tingkatan empat dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan dengan menggunakan satu instrumen yang terdiri daripada 3 bahagian iniatu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A merupakan bahagian mengenai maklumat demografi responden. Bahagian B pula merupakan soal selidik berkaitan dengan sikap terhadap penyelesaian masalah algebra manakala Bahagian C merupakan satu set ujian penyelesaian masalah algebra bukan rutin. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan frekuensi, peratusan, min, korelasi Pearson dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan keupayaan murid dalam menyelesaikan masalah adalah sederhana dengan skor min 14.52. Bagi sikap terhadap penyelesaian masalah pula, didapati min tertinggi adalah dalam dimensi keyakinan iaitu 22.42, diikuti ole.....
Article Published 2016 2143 hits Available
2
Abstract
Mathematics beliefs play an important role in enhancing the quality and the effectiveness of teaching and learning. This study analyzes the mathematics beliefs of 317 pre-service teachers from six Higher Education Institutions (HEIs) (Government Public Universities) who were randomly selected to participate in this study. Questionnaires consisting of twenty three items were given to the respondents during the data collection process. The validation of the items was done by using confirmatory factor analysis (CFA). In order to obtain a model fit for the measurement model of mathematics beliefs, several fit index tests such as CMINDF, GFI, AGFI, IFI, NFI, CFI, TLI and RMSEA were used. Constructivist beliefs and traditional beliefs were identified as the contributing factors in the model. The analysis also revealed that mathematics beliefs consist of structures of two hidden variables. The correlation between the two variables (constructivist beliefs and traditional beliefs) is at a moder.....
Article Published 2011 3626 hits Available
3
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan konseptual bakal guru dalam topik pecahan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan 317 orang responden yang terdiri dari bakal guru Matematik dari enam buah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Pengetahuan konseptual diukur menggunakan ujian pengetahuan konseptual (UPK) yang berfokuskan kepada topik pecahan. Hasil dapatan dianalisis menggunakan analisis deskriptif bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan konseptual (77.0 %) bakal guru berada pada tahap baik atau tinggi. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan nilai min bagi operasi tambah (3.32) adalah tertinggi berbanding dengan operasi tolak (3.15), darab (2.84) dan bahagi (2.73). Ini menunjukkan bakal guru Matematik memerlukan lebih banyak rangsangan untuk membina pengetahuan konseptual mereka terutama yang melibatkan pecahan dalam operasi darab dan bahagi...
Article Published 2012 1785 hits Available
4
Abstract
Kepercayaan matematik memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana ia memberi impak kepada pemilihan strategi dan teknik pengajaran yang akan digunakan dalam bilik darjah. Untuk pengajaran yang berkesan, kepercayaan Matematik guru perlu berada di landasan yang betul. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk memprofil dan membina model struktural kepercayaan bakal guru Matematik di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan 317 orang responden yang terdiri dari bakal guru Matematik dari enam buah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kepercayaan matematik diukur menggunakan instrumen Soal Selidik Kepercayaan Matematik (SKM). Hasil dapatan dianalisis melalui SEM dan CFA bagi menjawab persoalan kajian. Hasil analisis menunjukkan secara keseluruhannya kepercayaan Matematik adalah menjurus kepada kepercayaan konstruktivisme. Selain itu, model pengukuran kepercayaan.....
Article Published 2013 1364 hits Available
5
Abstract
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu transformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan PBS dalam kalangan guru Matematik sekolah menengah. Seramai 103 orang guru matematik dari 13 buah sekolah menengah di daerah Raub, Pahang, telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi bagi menjawab persoalan kajian. Hasil analisis menunjukkan skor min keseluruhan amalan PBS adalah tinggi. Namun, perbezaan amalan PBS dengan pengalaman mengajar adalah tidak signifikan. Dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pihak yang terbabit dalam memartabatkan lagi amalan PBS dalamkonteks pengajaran dan pembelajaran matematik...
Article Published 2014 1679 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina satu instrumen penilaian bagi menilai amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah. Instrumen ini adalah berbentuk rubrik dua lapis. Berdasarkan tinjauan literatur, instrumen kajian dibina merangkumi dua komponen utama: (1) ciri-ciri sedia ada yang dimiliki guru; serta (2) amalan yang dilakukan. Komponen pertama terdiri daripada empat konstruk iaitu kepercayaan dan nilai guru, pengetahuan, kemahiran dan sikap. Komponen kedua, amalan yang dilakukan guru terdiri daripada lima konstruk iaitu blueprint mata pelajaran, hasil pembelajaran, hasil sasaran yang dijangka, folio A dan folio B. Adalah diharapkan artikel ini dapat memberi gambaran mengenai instrumen penilaian amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah yang dibina...
Article Published 2014 6201 hits Available
9
Abstract
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan kemahiran yang amat penting untuk dikuasai oleh guru dan pelajar dalam meningkatkan tahap pendidikan negara di peringkat global. Kajian ini bertujuan untuk membina item (KBAT) mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu untuk Topik Pecahan. Kesahan kandungan item KBAT yang dibina telah dibuat oleh 5 orang pakar. Pengesahan melibatkan kesesuaian item dan aras kognitif item. Sebanyak 20 item telah dipilih dan mendapat persetujuan pakar bahawa item tersebut menepati aras KBAT yang dirancang. Kesahan instrumen kajian pula ditentukan melalui kesahan muka, kandungan dan konstruk oleh 5 orang pakar. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 15 orang guru mata pelajaran Matematik. Nilai pekali Alpha Cronbach adalah antara 0.812 dan 0.911. Bagi mengukur kebolehgunaan item KBAT, 32 orang responden yang terdiri daripada guru mata pelajaran Matematik di sekolah menengah kebangsaan sekitar Jajahan Kota Bharu. Analisis deskriptif menggunakan Perisian Statist.....
Article Published 2018 843 hits Available
First Prev
Page 1 of 3

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.