AbstractPencemaran alam sekitar yang berlaku sering dikaitkan dengan pelaksanaan aktviti
kimia yang membebaskan gas berbahaya yang boleh memberikan kesan negatif
terhadap alam sekitar bahkan terhadap kesihatan serta keselamatan pelajar.Kajian ini
dijalankan bagi membangunkan modul bahan bantu mengajar yang dinamakan e-
Lectrofun bagi pelajar Kimia tingkatan 5 serta menguji kebolehgunaan modul tersebut.
E-Lectrofun merupakan modul digital yang merangkumi eksperimen berbentuk
simulasi bagi topik elektrokimia (Standard kandungan 9.3 dan 9.4, DSKP) dan
berkonsepkan Kimia hijau. E-Lectrofun dibangunkan berpandukan model ADDIE.
Reka bentuk kajian ini merupakan kajian pembangunan menggunakan kaedah
kuantitatif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang penilaian
kesahan dan soal selidik persepsi. Persetujuan pakar dalam menilai instrumen kesahan
ini dikira menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi
27.0 untuk mendapatkan nilai Kappa Cohen. Nilai.....