UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

21 record(s) found

1
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk menilai masalah pencemaran bunyi bising trafik yang berlaku di persekitaran sekolah di bandar Batu Pahat, Johor, Malaysia. Pemilihan kawasan kajian adalah berdasarkan faktor letakkan sekolah yang sentiasa terdedah dengan gangguan bunyi bising trafik. Sebanyak lima buah sekolah yang terletak di sekitar pusat bandar telah dipilih sebagai kawasan kajian. Kaedah yang digunakan adalah dengan membuat cerapan menggunakan Sound Level Datalogger Model 407780 Extech Instrument bagi menentukan nilai maksimum (Mak), minimum (Min) dan purata keseluruhan (Leq). Pencerapan bagi setiap stesen adalah sebanyak tiga kali iaitu pagi (7.00 pagi hingga 9.00 pagi), tengah hari (12.00 tengah hari hingga 2.00 petang) dan petang (5.00 petang hingga 7.00 petang) iaitu selama 10 minit setiap waktu pada hari bekerja dan tidak bekerja. Tujuan pemilihan tiga waktu pencerapan ini adalah untuk mendapatkan purata bagi keseluruhan hari dan membandingkan tahap bunyi bising trafik di lokasi kaj.....
Article Published 2014 4692 hits Available
2
Abstract
Adat dan `urf merupakan salah satu elemen budaya universal yang dimiliki oleh semua masyarakat di dunia. Etnik Bajau merupakan kaum bumiputera kedua terbesar di Sabah. Majoritinya beragama Islam dan mengamalkan adat dan `urf yang tersendiri. Penerimaan orang Bajau terhadap ajaran Islam menyebabkan berlakunya percampuran antara adat tradisi Bajau dengan ajaran Islam yang menyebabkan berlakunya proses sinkretisme. Akibatnya, ada antara amalan yang diwarisi secara turun temurun itu dianggap sebagai ajaran Islam, sedangkan ia hanyalah amalan yang diwarisi dan tidak berkaitan dengan dalil yang jelas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis sama ada adat dan `urf masyarakat Bajau selari dengan tuntutan Syariat Islam ataupun ia tersasar dari landasan Syarak. Kajian ini memfokuskan terhadap amalan tradisi yang berkait rapat dengan sistem kepercayaan masyarakat Bajau di Semporna. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan da.....
Article Published 2016 2109 hits Available
4
Abstract
Kajian ini dilakukan bagi menilai pengaruh panjang dan kecuraman cerun dalam mempengaruhi kadar hakisan tanih yang berlaku dalam kawasan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Proton City. Terdapat dua plot yang dibangunkan dengan darjah kecuraman dan panjang yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan plot kawalan (PK) mencatatkan kadar kehilangan tanih yang tertinggi iaitu 516.60 tan/hektar/tahun berbanding plot hakisan (PH) sebanyak 89.78 tan/hektar/tahun. Sepanjang 15 bulan cerapan di lapangan iaitu dari Januari 2015 hingga Mac 2016, PK mencatatkan jumlah sedimen sebanyak 2,953.55kg dan PH sebanyak 3676.63kg. Manakala isipadu air larian permukaan yang direkodkan di PK adalah sebanyak 14,523 liter dan sebanyak 18,389 liter bagi PH. Berdasarkan kepada piawaian yang ditetapkan oleh United States Department of Agriculture (USDA), PK dan PH berada pada klasifikasi kehilangan tanih yang sangat teruk dan berpotensi tinggi ke sangat tinggi untuk mengalami .....
Article Published 2018 2266 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis potensi penggunaan tumbuhan hutan semula jadi tempatan untuk kawalan hakisan cerun. Spesies tumbuhan hutan semula jadi tempatan dilihat mampu untuk mengawal hakisan tanah dan mengukuhkan cerun. Kajian ini menggunakan spesies Syzygium papilose (Kelat Paya), Ploiarium alternifolium melchior (Cicada) dan Cratoxylon arborescens (Geronggang) di plot hakisan bagi tujuan melihat kemampuan tumbuhan hutan semula jadi dalam mengawal hakisan dan mengukuhkan cerun. Tempoh pengujian dijalankan daripada Januari 2015 sehingga Mac 2016 dengan jumlah jatuhan hujan sebanyak sebanyak 2685mm. Analisis deskriptif dan regresi digunakan bagi melihat dan menilai potensi spesies. Dapatan kajian menunjukkan spesies Kelat Paya berjaya mengurangkan air larian permukaan (33.77%) dan sedimen (63.97%) tertinggi bagi plot pengujian yang mempunyai rawatan tanah. Tumbuhan Kelat Paya juga mencatatkan pengurangan tertinggi bagi air larian permukaan (31.49%) dan sedimen (62.3%) di plot pe.....
Thesis Published 2018 1481 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan pengaruh penggunaan minuman tenaga (100 plus) terhadap ketangkasan dalarn kalangan atlet kelab badminton Pontian, Johor. tujuan kajian kajian ini adalah untuk melihat kesan pengaruh penggunaan minuman tenaga terhadap ujian ketangkasan dalam kalangan atlet kelab badminton. Subjek terdiri daripada 8 orang atlet kelab badminton Pontian,Johor dalam satu kumpulan eksperimen . Data kuantitatif dikumpulkan menggunakan ujian pra dan pasca. Kajian ini dijalankan selama dua minggu dimana minggu pertama ialah ujian pra dan minggu kedua ujian pasca. Ujian 60 Yards Shuttle Run Test telah digunakan bagi mendapatkan data kumpulan yang sama iaitu kumpulan eksperimen yang tidak diberikan rawatan pada minggu pertama bagi ujian pra dan minggu kedua kumpulan eksperimen tersebut diberikan rawatan bagi ujian pasca.Penganalisisan data dibuat menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Sciences (SPSS) yang melibatkan, min, sisihan piawai, mod, median dan nil.....
Final Year Project Published 2021 1358 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengukur pengaruh tekanan kerja dan kecerdasan menghadapi cabaran terhadap komitmen kerja dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan melibatkan pemilihan subjek kajian melalui kaedah persampelan rawak mudah melibatkan 200 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sarawak yang terdiri daripada 100 orang guru lelaki dan 100 orang guru perempuan. Instrumen dalam kajian ini ialah Adversity Response Profile (ARP) Quick Take, Soal Selidik Tekanan Kerja dipetik daripada kajian Othman (1994) dan Soal Selidik Organisational Comitment Questionaire (OCQ) oleh Mowday, Steers dan Porter (1979) yang telah diterjemahkan dan diubahsuai bagi kesesuaian kajian terhadap Guru Bimbingan dan Kaunseling. Data dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif, ujian-t sampel tidak bersandar, analisis korelasi Pearson ‘r’ dan regresi pelbagai. Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang.....
Thesis Published 2019 1912 hits Available
10
Abstract
Tujuan utama kajian ini untuk mengkaji kekuatan dominan bagi pasukan futsal UPSI. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk bentuk secara non-eksperimental telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan 20 orang pemain yang mewakili pasukan futsal UPSI yang meyertai kejohanan Liga Futsal Institusi Pengajian Tinggi dan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (SUKIPT). Rata-rata subjek terdiri daripada 20 tahun sehingga 24 tahun. Terdapat tiga jenis instrumen yang digunakan iaitu Massey Futsal Shooting Test (MSFT), Bleep Test, dan Slalom Dribble Test. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan demografi subjek yang terlibat dan analisis inferensi pula melibatkan Korelasi-Pearson. Dapatan kajian menggunakan korelasi-pearson menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kumpulan eksperimen p = -0.809 bagi hubungan daya tahan kardiovaskular dan kemahiran mengel.....
Final Year Project Published 2023 2437 hits Available
First Prev
Page 1 of 3

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.