UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 5
Simplified search suggestions : Mohd Alif Jasni
12018
article
HIV/AIDS sebagai penghalang kepada bekas banduan memasuki alam perkahwinan di Malaysia: perbezaan dari perspektif teori pengkelasan umur Sampson dan Laub
Mohd Alif Jasni
Teori Pengkelasan Umur Sebagai Kawalan Sosial Tidak-Formal menekankan kepentingan perkahwinan sebagai salah satu peristiwa hidup yang penting dan dapat mengubah keputusan individu bagi mengelakkan diri dari aktiviti jenayah. Kertas kajian ini telah bertitik tolak dari sebuah kajian doktor falsafah yang mengkaji tentang pengulangan jenayah yang berlaku dalam kalangan bekas banduan di Malaysia. Hasil kajian doktor falsafah tersebut telah mendapati bahawa rata-rata bekas banduan terus memilih hidup bujang akibat kesukaran memasuki alam perkahwinan. Perkahwinan bukan lagi menjadi perkara utama yang ingin dikecapi sepanjang dibebaskan. Ianya berbeza dengan andaian Sampson dan Laub yang meletakkan perkahwinan sebagai institusi terpenting yang mampu membentuk kawalan sosial tidak-formal dalam kalangan individu. Andaian Sampson dan Laub tentang institusi perkahwinan sebagai suatu trajektori yang baik di dalam kehidupan dan mampu mengubah tingkah laku jenayah menerusi ikatan kawalan sosial yang.....

731 hits

22018
article
Kekurangan akses kepada jagaan lanjutan dan faktor-faktor risiko yang membawa kepada relaps dadah dalam kalangan bekas banduan
Mohd Alif Jasni
Kekurangan akses kepada jagaan pemulihan lanjutan menyebabkan bekas banduan yang mempunyai masalah ketagihan dadah berisiko untuk kembali semula kepada penyalahgunaan dadah. Perkembalian kepada ketagihan dadah semula biasanya terjadi disebabkan oleh perasaan gian, ingin mencuba semula, ketiadaan keinginan untuk berhenti yang akhirnya membawa kepada jenayah untuk membiayai masalah ketagihan semula. Satu kajian mengenai pembentukan sebuah program pasca pembebasan dan jagaan lanjutan berasaskan komuniti untuk bekas banduan dalam membantu memastikan peralihan yang lancar sebaik dibebaskan telah dilakukan pada tahun 2016. Salah satu daripada objektif kajian tersebut adalah untuk mengumpulkan maklumat mengenai faktor-faktor risiko yang menyebabkan bekas banduan mengulang-laku aktiviti atau perlakuan jenayah mereka. Temu bual mendalam telah dilakukan ke atas 16 orang bekas banduan yang mempunyai rekod penyalahgunaan dadah. Analisis awal kajian memperlihat bahawa berlaku kesukaran untuk mengub.....

591 hits

32019
article
The need of more halfway houses as transit to reduce homelessness amongst former prisoners in Malaysia
Mohd Alif Jasni
Fundamentally, former prisoners who have no access to transit home or residency after being released from prison are often found to be homeless. In this manner, such failure to obtain a home has been commonly associated with family rejection. The existing halfway houses throughout Malaysia are limited, therefore, the program failed to accommodate a large number of released former prisoners each year. In lieu of this, many former inmates are unable to acquire proper shelter or a suitable place to live after their release. Due to the arising concern, a study was conducted in 2018 with regards to the former prisoners’ life challenges during the re-integration process within the community. Detailed interviews were carried amongst 19 former prisoners with their background of criminal records. In addition, the analysis from this study revealed the difficulties and challenges faced by the former prisoners that had led them to be homeless. The data had also revealed that the issue is related.....

641 hits

42021
article
Faktor mempengaruhi bekas banduan menjadi gelandangan: kajian kes di Kuala Lumpur
Mohd Alif Jasni
Bekas banduan yang berakhir sebagai gelandangan bukan suatu isu baharu di mana-mana negara di dunia.Kegagalan berintegrasi semula menjadikan mereka sebagai gelandangan. Kesulitan tersebut dirumitkan lagi dengan kewujudan bekas banduan yang terjerumus ke dalam kancah kemiskinan dan kedaifan hingga menyebabkan mereka tidak berupaya untuk keluar dari lingkungan hidup di jalanan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan bekas banduan ini berakhir hidup menjadi gelandangan. Kajian menggunakan kaedah kualitatif dengan menemu bual seramai 15 orang responden. Teknik persampelan bertujuan dan persampelan bola salji digunakan untuk mengenal pasti responden. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka berakhir sebagai gelandangan iaitu penolakan keluarga, pengangguran, diskriminasi masyarakat dan penagihan dadah yang berterusan. Dapatan kajian mampu dijadikan panduan oleh Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Kebajik.....

459 hits

52021
article
Kehidupan gelandangan bekas banduan dari perspektif Ekologi: kajian kes di Chow Kit, Kuala Lumpur
Mohd Alif Jasni
Penumpuan gelandangan bekas banduan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur telah menarik minat dan menjadi keingintahuan pengkaji untuk meneroka kehidupan mereka dari perspektif ekologi. Dengan menggunakan Teori Ekologi Manusia, kehidupan jalanan golongan bekas banduan diteroka. Sebuah kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif telah dilakukan ke atas 15 orang gelandangan bekas banduan yang berada di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur. Maklumat kajian diperoleh dengan menggunakan teknik temu bual mendalam dan data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Altas.Ti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat tema ditemui yang berkait dengan faktor persekitaran iaitu tiada sistem sokongan, tiada peluang untuk mengubah nasib, tiada harapan dan motivasi dan perjalanan hidup yang kompleks. Keempat-empat tema tersebut menjelaskan bahawa wujudnya hubungan yang tidak harmoni di antara responden kajian dengan sistem-sistem di persekitarannya yang mengehadkannya untuk memperoleh ku.....

287 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.