UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Mohd Erfino Johari |
1 | 2023 thesis | Elemen patriotisme patuh syariah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah menengah Mohd Erfino Johari Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman patriotisme dalam kalangan Guru
Pendidikan Islam (GPI), meneroka penerapan elemen patriotisme dalam kalangan GPI,
meneliti pandangan GPI terhadap penghayatan elemen patriotisme murid Islam dan
melihat faktor-faktor kekangan yang wujud dalam perlaksanaan penerapan elemen
patriotisme dalam mata pelajaran Pendidikan Islam secara mendalam. Patriotisme
sangat penting dalam Pendidikan Islam kerana ia mempersiapkan Guru Pendidikan
Islam untuk membina jati diri murid dan keperibadian muslim dengan berlandaskan
kepatuhan kepada syariah. Selanjutnya, kajian ini meneliti kepentingan penerapan
elemen patriotisme dalam mata pelajaran Pendidikan Islam serta meneroka elemen
Patriotisme Patuh Syariah (PPS). Kajian ini berbentuk kajian kes dengan menggunakan
pendekatan kualitatif sepenuhnya. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual
separa berstruktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Data dianalisis
menggunakan perisian ATLAS.ti...... 470 hits |