AbstractPenyelidikan ini bertujuan untuk membantu pengajaran guru berkaitan ketidakfahaman
membaca murid bukan penutur natif Bahasa Melayu dengan membangunkan modul
pengajaran kefahaman membaca melalui pendekatan pengajaran bahasa asing.
Pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang mengandungi tiga fasa iaitu
analisis keperluan (tujuh pakar dan 302 dokumen murid), diikuti fasa reka bentuk dan
pembangunan (15 pakar bidang) serta penilaian kebolehgunaan modul (3 pakar, 156
guru dan 13 murid bukan penutur natif). Dapatan fasa analisis keperluan menunjukkan
keperluan enam elemen dalam modul iaitu (1) kaedah pengajaran yang sesuai (2) bahan
pengajaran sesuai dengan tahap kognitif (3) interaksi bermakna (4) ekstralinguistik (5)
motivasi (6) aktiviti kolaborasi dan koperatif berpandu. Dapatan rekabentuk dan
pembangunan modul memperoleh konsensus pakar melebihi 75% dengan seluruh item
yang dipilih memenuhi syarat kesepakatan antara pakar dengan nilai defuzzification
Alpha-Cut (?-Cut) .....