UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Mohd Hafiz Mohamad Tarmizi |
1 | 2016 thesis | Tahap kefahaman membaca antara murid pasca linus dan murid arus perdana Mohd Hafiz Mohamad Tarmizi Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman membaca murid pasca LINUS dan murid arus perdana di sekolah rendah. Metodologi kajian menggunakan kaedah campuran yang melibatkan kaedah kualitatif berdasarkan analisis transkrip responden serta kaedah kuantitatif berdasarkan kekerapan dan peratus keputusan ujian saringan responden. Dapatan kuantitatif menunjukkan kebanyakan tahap kefahaman membaca murid pasca LINUS adalah pada tahap yang rendah dan hanya segelintir murid berada pada tahap kefahaman literal. Tahap kefahaman membaca murid arus perdana pula berada pada tahap sederhana dengan sebahagian mereka menguasai tahap kefahaman literal dan segelintir menguasai tahap kefahaman taakulan. Dapatan kualitatif pula menunjukkan kualiti kefahaman murid pasca LINUS berada pada tahap yang paling rendah kerana mereka tidak memahami petikan yang dibaca, tidak mampu mengingat semula watak dan plot dalam petikan. Murid arus perdana pula hanya mencapai tahap kefahaman asas; tahap literal ..... 1770 hits |
2 | 2023 thesis | Pembangunan dan kebolehgunaan modul pengajaran kefahaman membaca Bahasa Melayu melalui pendekatan pengajaran bahasa asing dalam kalangan murid bukan penutur natif Mohd Hafiz Mohamad Tarmizi Penyelidikan ini bertujuan untuk membantu pengajaran guru berkaitan ketidakfahaman
membaca murid bukan penutur natif Bahasa Melayu dengan membangunkan modul
pengajaran kefahaman membaca melalui pendekatan pengajaran bahasa asing.
Pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang mengandungi tiga fasa iaitu
analisis keperluan (tujuh pakar dan 302 dokumen murid), diikuti fasa reka bentuk dan
pembangunan (15 pakar bidang) serta penilaian kebolehgunaan modul (3 pakar, 156
guru dan 13 murid bukan penutur natif). Dapatan fasa analisis keperluan menunjukkan
keperluan enam elemen dalam modul iaitu (1) kaedah pengajaran yang sesuai (2) bahan
pengajaran sesuai dengan tahap kognitif (3) interaksi bermakna (4) ekstralinguistik (5)
motivasi (6) aktiviti kolaborasi dan koperatif berpandu. Dapatan rekabentuk dan
pembangunan modul memperoleh konsensus pakar melebihi 75% dengan seluruh item
yang dipilih memenuhi syarat kesepakatan antara pakar dengan nilai defuzzification
Alpha-Cut (?-Cut) ..... 519 hits |