AbstractKajian ini memfokuskan tentang sejarah Pendidikan Anak-Anak Orang Melayu Di
Sekolah Inggeris Daerah Kota Setar, dari tahun 1909 sehingga 1957. Objektif
kajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang pendidikan orang Melayu di daerah
Kota Setar. Selain itu, kajian ini turut mengkaji pendidikan anak-anak orang
Melayu ke sekolah Inggeris kerajaan di daerah Kota Setar dari tahun 1909
sehinggalah tahun 1957. Kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisis
perkembangan pendidikan anak- anak orang Melayu di sekolah Inggeris kerajaan
daerah Kota Setar. Di samping itu, kajian ini lakukan adalah untuk menilai kesan
pendidikan Inggeris ke atas anak- anak orang Melayu di daerah Kota Setar. Kajian
ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat rujukan di perpustakaan dan
arkib. Maklumat-maklumat tersebutdiperoleh melalui sumber primer dan sekunder.
Sumber primer tersebut merujuk kepada analisis dokumen seperti Colonial Office
(CO), Annual Report, dan fail Setiausaha Kerajaan (SUK) dar.....