AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan membandingkan tahap kesedaran risiko dan tingkahlaku selamat “altruistic” antara jantina di samping mengkaji hubungan antara keduanya dalam kalangan para peserta semasa aktiviti rekreasi dalam Program Bina Insan Guru (BIG). Satu set soal selidik telah digunakan terhadap seramai 81 pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, KUIS di Raub, Pahang. Soal selidik terdiri daripada dua pembolehubah, iaitu kesedaran terhadap risiko dan tingkah laku keselamatan. Hasil kajian menunjukkan kesedaran yang tinggi tentang risiko semasa aktiviti rekreasi. Analisis ujian T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesedaran risiko dan tingkah laku keselamatan antara jantina. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara kesedaran risiko (peraturan keselamatan) dan tingkahlaku keselamatan “altruistic”. Implikasi kajian ini adalah pengurus rekreasi dan universiti perlu mengambil kira kepelbag.....