|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 17 |
| Simplified search suggestions : Noor Shah Saad |
| 1 | 2016 Article | Analisis jenis kesilapan melalui kaedah Newman Error dalam penyelesaian masalah berayat Matematik dalam kalangan murid tahun 5 Shamsuddin Shara Nor Raifana, Saad Noor Shah, Dollah Mohd Uzi, Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid pelbagai tahap pencapaian dalam penyelesaian masalah soalan berayat matematik melalui Kaedah Analisis Kesilapan Newman. Kajian berbentuk kualitatif ini dijalankan selama empat minggu di Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 2, Kg Gajah, Perak. Sampel kajian terdiri darpada 61 orang murid tahun lima yang dibahagikan kepada tiga kumpulan berpencapaian cemerlang, sederhana dan rendah. Data dipungut melalui satu set soalan ujian bertulis dan temu bual semi berstruktur. Analisis data dibuat setelah membuat saringan data dan kemudiannya mempersembahkan data seterusnya kepada membuat verifikasi data. Jenis kesilapan ditentukan dengan kesilapan langkah kerja yang pertama dilakukan oleh murid dalam penyelesaiannya dan diklasifikasikan berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman yang telah diubahsuai. Dapatan kajian menunjukkan murid berpencapaian cemerlang lebih cenderung melakukan kesilapan..... 4432 hits |
| 2 | 2016 Article | Penerapan nilai rasionalisme dan objektisme dalam pengajaran guru Matematik sekolah rendah Dollah Mohd Uzi, Saad Noor Shah, Abdullah Mohd Faizal Nizam Lee, Yusof Qismullah, Kajian ini bertujuan meneroka secara mendalami komponen budaya, iaitu penerapan nilai matematik dalam pengajaran guru di bilik darjah. Fokus kajian adalah tentang dua nilai matematik iaitu nilai rasionalisme dan nilai objektisme. Secara khusus kajian ini adalah untuk menjawab soalan tentang bagaimana penerapan nilai rasionalisme dan nilai objektisme berlaku dalam pengajaran matematik di sekolah rendah. Kajian dijalankan secara kualitatif melibatkan dua orang peserta kajian. Pemilihan peserta adalah secara bertujuan daripada sebuah sekolah rendah dari sebuah pekan di Negeri Perak. Pengumpulan data melibatkan pemerhatian, temu bual pra dan pasca pengajaran dan analisis dokumen. Data kajian dianalisis menggunakan analisis isi kandungan. Dapatan kajian menunjukkan kecenderungan guru tidak merancang secara bertulis pengajaran yang akan dijalankan. Dua jenis nilai, iaitu nilai rasionalisme dan nilai objektisme dikesan terterap dalam pengajaran bilik darjah. Walau bagaimanapun penerapan nilai..... 8664 hits |
| 3 | 2012 Article | The challenge to transform learning changing teachers theory of teaching Lim Chong Hin, Ratnavadivel Nagendralingan, Yassin Sopia Md, Saad Noor Shah, There is widespread concern in Malaysia about the quality of learning experienced by students, and the approach to learning they develop as a consequence. The approach is generally marked by memorization of information as isolated facts and does not promote understanding or long-term retention of knowledge and information. Despite a number of large-scale, centrally-driven reform efforts to change the status quo, they have for the most part met with little success. Based on the data collected as part of a nation-wide study to investigate the way teachers make pedagogical decisions, this paper argues that one major challenge to transform students‟ approach to learning is changing the way teachers think about teaching which past reform efforts have largely ignored. The data suggest that the teachers studied mainly see teaching as transmitting information from teacher to the student. In this view of teaching they hold, they focus their attention on the differences between students to exp..... 2933 hits |
| 4 | 2012 Article | Pengajaran kemahiran berfikir : persepsi dan amalan guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah Saad Sukiman, Saad Noor Shah, Dollah Mohd Uzi, Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi dan amalan pengajaran kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di bilik darjah. Fokus utama diberikan kepada persepsi guru terhadap pengajaran kemahiran berfikir yang merangkumi aspek pendekatan pengajaran, nilai dan kepentingan pengajaran kemahiran berfikir, efikasi guru, dan juga sokongan kurikulum dan sekolah. Kedua, mengkaji pengajaran kemahiran berfikir yang diamalkan oleh guru Matematik dalam bilik darjah. Kajian ini juga ingin melihat sama ada terdapat perbezaan amalan pengajaran kemahiran berfikir antara jantina dan pengalaman mengajar. Seterusnya kajian ini ingin melihat sama ada terdapat atau tidak terdapat hubungan antara persepsi guru dan amalan pengajaran kemahiran berfikir. Sampel kajian terdiri daripada 144 orang guru Matematik sekolah menengah dalam Daerah Muar. Data-data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 17.0. Dapatan kajian menunjukkan bah..... 3468 hits |
| 5 | 2012 Article | Pembangunan model pengajaran dan pembelajaran Matematik berasaskan metakognitif In’am Akhsanul, Saad Noor Shah, Abdul Ghani Sazelli, Proses berfikir secara Matematik bagi para pelajar itu sebenarnya memainkan peranan yang signifikan dalam penyelesaian masalah-masalah Matematik tetapi jarang diberi perhatian sepenuhnya. Proses ini perlu diberi penekanan dan difokuskan dalam pembelajaran Matematik yang boleh dilakukan melalui pendekatan metakognitif. Menyedari betapa pentingnya guru-guru dan keperluan pendekatan metakognitif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka satu penyelidikan dijalankan untuk membangunkan satu model pembelajaran matematik melalui kajian keatas pembelajaran berasaskan metakognitif. Pembangunan model pembelajaran matematik ini melalui kajian keatas pembelajaran berasaskan metakognitif mengandungi tiga tahap: a) kajian awal, diperihalkan dalam perbincangan berdasarkan kepada teori dan penyelidikan-penyelidikan sebelumnya; b) perancangan model, yang mengandungi aktiviti-aktiviti perancangan untuk komponen berikut: instrumen-instrument dan alatan-alatan pembelajaran serta atau model buku teks;..... 1930 hits |
| 6 | 2006 Book Section | Perlakuan metakognitif pelajar tingkatan empat dalam penyelesaian masalah Matematik Tambahan Saad Noor Shah, Mohd. Tajudin Nor ’ain, Rahma Fainida, Musa Muzirah, Mat Norazian Aini, Zamzamir Zamzana, Kajian kes ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa I bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar tingkatan 4 terhadap cara perlakuan metakognitif dengan menggunakan soal selidik berdasarkan “Reliability and Validity of State Metacognitive Inventory: Potential for alternative assessment” yang diperkenalkan oleh O’Neil dan Abedi. Fasa 2 dilaksanakan secara temu bual beipasangan dengan menggunakan instrumen soalan penyelesaian aljabar dan protokol temu bual. Sampel kajian terdiri daripada 238 orang pelajar tingkatan empat di sepuluh buah sekolah menengah harian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar-pelajar tingkatan empat tentang perlakuan metakognitif semasa menyelesaikan masalah bagi matematik tambahan adalah memuaskan dengan minnya adalah 2.77. Pelajar-pelajar yang berpencapaian cemerlang mempunyai persepsi yang lebih positif semasa menyelesaikan masalah berbanding dengan pelajar berpencapaian sederhana dan lemah. Didapati korelasi di antara persepsi pelajar terhadap aspe..... 4638 hits |
| 7 | 2012 Article | Kemahiran Penaakulan Saintifik (KPS) dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan hubungannya dengan stail pengajaran guru Matematik di bilik darjah Abu Hassan Mohd Eizuan, Saad Noor Shah, Dollah Mohd Uzi, Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap korelasi antara tahap kemahiran penaakulan saintifik (KPS) dengan persepsi pelajar terhadap stail pengajaran guru Matematik di sekolah. Para pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 226 orang pelajar tingkatan empat aliran sains tulen dan sastera di empat buah sekolah terpilih di dalam daerah Batang Padang, Perak. Dua instrumen kajian yang digunakan iaitu Ujian Kemahiran Penaakulan Saintifik (UKPS) yang merupakan versi ubahsuai berdasarkan Ujian Penaakulan Formal Bilik Darjah Lawson dan Soal Selidik Stail Pengajaran Guru (SSPG) adalah berdasarkan instrumen daripada Grasha Riechmann. Pengumpulan data secara kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science). Penganalisisan data telah dijalankan secara deskriptif dan inferensi menggunakan peratus, ujian t, ANOVA dan Korelasi Pearson ‘r’ pada aras signifikan 0.05. Berdasarkan analisis yang telah dibuat, tahap KPS para pelajar adalah rend..... 3146 hits |
| 8 | 2013 Article | Tinjauan tentang amalan komunikasi guru Matematik sekolah menengah Suhaimi Sazwani, Saad Noor Shah, Ab Ghani Sazelli, Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membuat perbandingan antara persepsi pelajar dan persepsi guru tentang amalan komunikasi guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Lima aspek amalan komunikasi guru matematik yang dikaji termasuklah mencabar, memberi galakan dan pujian, sokongan bukan verbal, memahami dan peramah, serta mengawal. Artikel ini membincangkan hasil tinjauan yang melibatkan penggunaan soal selidik TCBQ (Teachers’ Communication Behavior Questionnaires) versi Bahasa Melayu. Soal selidik ini telah diedarkan kepada 521 orang pelajar sekolah menengah dan 76 orang guru matematik. Persepsi pelajar terhadap amalan komunikasi guru matematik sekolah menengah semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dianalisis dan perbandingan dibuat antara persepsi pelajar dan persepsi guru. Dapatan kajian menunjukkan amalan komunikasi guru berada pada tahap yang sederhana berdasarkan skor min persepsi pelajar manakala tahap tinggi berdasarkan sk..... 1450 hits |
| 9 | 2013 Article | Pengetahuan dalam kalangan guru Matematik sekolah rendah berdasarkan standard pengajaran Matematik Pazin @ Fadzil Aini Hayati, Saad Noor Shah, Dollah Mohd. Uzi, Mohammad Zulkifley, Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru matematik sekolah rendah tentang pengetahuan standard pengajaran matematik dan komponen yang menyumbang kepada Standard Pengajaran Matematik. Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert lima point bagi mengukur tahap persepsi terhadap lima komponen pengetahuan standard pengajaran matematik iaitu pengetahuan atribut ikhtisas, pengetahuan amalan ikhtisas, pengetahuan ikhtisas, pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas dan pengetahuan pentaksiran berdasarkan standard-standard yang diamalkan di dalam dan luar negara. Kajian ini melibatkan 361 orang guru matematik sekolah rendah di Perak yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan min, peratus, sisihan piawai dengan menggunakan pakej perisian statistik serta Model Persamaan Berstruktur menerusi kaedah Kuasa dua Terkecil Separa. Dapatan kajia..... 3504 hits |
| 10 | 2013 Article | Kemahiran penaakulan saintifik dan stail pengajaran pensyarah : indikasi awal ke arah peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar Institusi Pengajian Tinggi Mohd. Tajudin Nor’ain, Abd Rahman Nurulhuda, Saad Noor Shah, Yahaya Asmayati, Alimon Hasimah, Dollah Mohd. Uzi, Abd Karim Mohd. Mustamam, Penyelidikan tinjauan ini bertujuan menentukan tahap kemahiran penaakulan saintifik (KPS) pelajar Sains, Matemaik dan Kejuruteraan (SMK) di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA),stail pengajaran pensyarah (SPP) serta hubungan antara KPS dan SPP. Seramai 975 pelajar daripada enam buah universiti terlibat dalam kajian ini dan dipilih secara teknik persampelan rawak berstrata. Terdapat dua instrumen kajian iaitu Ujian Kemahiran Penaakulan Saintifik dan Soal Selidik Stail Pengajaran Pensyarah. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratus dan min serta pekali korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran penaakulan saintifik dalam kalangan kebanyakan pelajar masih berada pada tahap operasi konkrit. Dua stail pengajaran pensyarah yang dominan menurut persepsi pelajar adalah pakar dan pemberi kuasa. Walau bagaimanapun kajian menunjukkan terdapat korelasi negatif yang lemah antara tahap kemahiran penaakulan saintifik dengan stail pe..... 4330 hits |
| [First] [Prev] | Page 1 of 2 | [ Next ] [ Last ] |