AbstractBahasa berevolusi, dan ilmu linguistik tidak terkecuali. Dengan tersebarnya revolusi industri 4.0, peranan teknologi menjadi semakin ketara. Ilmu linguistik seharusnya bergerak sederap dengan kemajuan teknologi ini. Sewajarnya, linguistik boleh bersifat multidisiplin dan melangkah ke depan secara alami. Dialektologi adalah contoh terbaik. Geolinguistik merupakan gabungan kajian dialek dengan geografi. Dengan perisian aplikasi ArcGis, kajian multidisiplin ini mampu mengangkat ilmu dialek lebih terkehadapan dengan maklumat isoglos dan taburan dialek terakam dalam lakaran peta dialek digital yang saintifik menggantikan peta manual. Penyelidikan dialek melibatkan kerja lapangan yang melibatkan golongan tua, dewasa dan remaja dengan menjawab soal selidik, temuramah serta terlibat dengan rakaman. Kemudian, data ditranskripsi dan diimpot ke perisian Arc Gis bagi dapatan peta yang sahih. Hasil kajian membuktikan bahawa banyak maklumat selain varian fonologi dapat dihasilkan, malah maklumat mer.....