UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 26 |
Simplified search suggestions : Noraini Che Pa |
1 | 2016 article | Keberkesanan penggunaan papan putih interaktif dalam pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan murid tahun 3 Khor Huan Chin, Mohamed Noh Noraini, Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan papan putih interaktif dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid tahun 3. Kaedah kuantitatif digunakan untuk menjalani kajian ini. Kaedah kuantitatif yang berbentuk eksperimen kuasi bagi tujuan menilai keberkesanan penggunaan papan putih interaktif dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid tahun 3. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak melibatkan 40 orang murid tahun tiga yang mencapai keputusan markah antara 50% hingga 69% dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam peperiksaan akhir tahun 2015 di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di daerah Pasir Gudang. Subjek kajian terdiri daripada 20 orang murid kumpulan eksperimen dan 20 orang murid kumpulan kawalan. Set ujian bertulis digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan papan put..... 2302 hits |
2 | 2016 article | Kepuasan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di SJK(C) melalui penggunaan papan putih interaktif Abdul Radzak Azizul, Mohamed Noh Noraini, Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepuasan pembelajaran melalui penggunaan papan putih interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 3. Kajian ini akan mengkaji persepsi murid dan guru terhadap penggunaan papan putih interaktif dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian dijalankan secara bertujuan yang melibatkan 15 orang murid tahun 3 dan dua orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 3. Lokasi kajian adalah di sebuah SJK(C)di daerah Pasir Gudang, Johor Bahru. Dua jenis instrumen kajian digunakan iaitu pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak dan temu bual separa berstruktur. Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan murid merasa puas terhadap penggunaan papan putih interaktif dalam proses pengajaran di kelas. Murid berasa gembira dan seronok semasa proses pengajaran guru menggunakan papan puti..... 896 hits |
3 | 2016 article | Pengajaran Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ) menggunakan teknik O-Pizza Ab Wahab Shahrul Amri, Nasirun @ Hirun Noraini, Selamat Sarah Mardhiah, Ibrahim Ima Ilyani, Ya Syazwani, Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ) merupakan salah satu konsep yang sukar difahami oleh kebanyakan pelajar kerana belum terdedah dengan persekitaran kerja. Artikel ini membincangkan teknik pengajaran EOQ dengan menggunakan kaedah pembelajaran pengalaman untuk meningkatkan pemahaman pelajar melalui modul O-Pizza sebagai analogi. Analogi ini dipilih kerana ianya lebih dekat dan dikenali oleh pelajar. Di samping itu, satu analisa data ringkas menggunakan Ujian U Mann-Whitney telah dijalankan untuk membandingkan keputusan peperiksaan, khususnya bagi soalan berkaitan EOQ. Peserta kajian terdiri daripada para pelajar daripada dua kumpulan; satu kumpulan diajar menggunakan O-Pizza, manakala satu lagi menggunakan kaedah pengajaran biasa. Keputusan analisa data menunjukkan bahawa sampel kumpulan yang menggunakan O-Pizza mendapat min markah yang lebih tinggi berbanding kumpulan yang menggunakan kaedah biasa. Dapatan ini mengisyaratkan kaedah pembelajaran pengalaman melalui modul O-Pizza boleh diperl..... 1708 hits |
4 | 2016 article | Pembinaan dan penilaian makmal maya (Nora VLab) untuk menerapkan kemahiran proses Sains dalam kalangan murid Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini, Wong Kung Teck, Hamzah Mahizer, Kajian ini bertujuan membina dan menilai makmal maya (Nora VLab) yang berasaskan aplikasi multimedia bagi menerapkan kemahiran proses sains dalam kalangan murid. Terdapat tiga objektif kajian ini iaitu membangunkan perisian makmal maya (Nora VLab) dalam satu sub tajuk iaitu “Ketumpatan”, mengkaji kebolehgunaan perisian Nora VLab dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mengkaji kebolehgunaan perisian Nora VLab untuk membantu murid dalam penerapan kemahiran proses sains. Model rekabentuk pengajaran ADDIE diguna sebagai panduan rekabentuk Nora VLab. Kajian ini terdiri daripada tiga fasa. Fasa pertama kajian bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang kesukaran dan kekerapan tajuk Ketumpatan terdapat dalam sukatan mata pelajaran sains, model pembelajaran serta reka bentuk yang sesuai. Fasa kedua kajian adalah untuk membangunkan perisian Nora VLab. Susunan konsep dan kemahiran dalam perisian Nora VLab adalah berdasarkan Teori Kognitivisme, Teori Konstruktivisme dan Teori Kontekstu..... 5543 hits |
5 | 2016 article | Pembelajaran teradun: satu tinjauan literatur terhadap faktor-faktor penerimaan guru melalui model-model penerimaan Yeop Mohd Azli, Kung Teck Wong, Mohamed Noh Noraini, Penulisan ini akan membincangkan faktor-faktor penerimaan guru terhadap pendekatan Pembelajaran Teradun berdasarkan model-model penerimaan terdahulu yang telah stabil. Faktor-faktor penerimaan guru terhadap pendekatan Pembelajaran Teradun dikenal pasti melalui tinjauan literature dan tinjuan ringkas-temubual semi berstruktur. Tujuan penulisan ini adalah untuk membincangkan secara terperinci pembentukan dan penetapan faktor-faktor penerimaan guru terhadap Pembelajaran Teradun berdasarkan model-model terdahulu bagi persekitaran pembelajaran sekolah-sekolah Malaysia. Hasil penulisan ini diharap dapat memberi gambaran lengkap berkenaan faktor-faktor penerimaan guru dan ianya mampu menjadi panduan kepada pelaksana polisi bagi menjayakan pendekatan Pembelajaran Teradun di Malaysia.. 8070 hits |
6 | 2012 article | A model to identify the level of numeracy understanding of primary school pupils a case study Ali Siti Rahaimah, Idris Noraini, Numeracy knowledge is very important to learn from an early stage because of numeracy encompasses identifying numbers, basic computation, measurement, geometry, probability and statistics. Numeracy understanding level model is introduced to determine the level of a student in numeracy. There are four stages that have to be passed by all students to achieve understanding in numeracy, which is the one, de-coding, level two, acquisition of knowledge, level three, application and level four, analysis. Numeracy is a part of mathematics and is closely related to each other. In particular, numeracy is the ability to perform basic mathematical operations and understand simple mathematical ideas and apply knowledge and skills in mathematics in everyday life. Numeracy understanding determines students’ excellence at a higher level. This is because the basic understandings of numeracy in the classroom makes students are able to apply their knowledge of numeracy in everyday life... 1913 hits |
7 | 2013 article | Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru Sains Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini, Nik Yusuff Nik Azmah, Mansor Rosnidar, Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di peringkat awal pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru sains. Ia melibatkan empat orang guru sains yang mengajar di Kuala Lumpur dan Perak. Kajian kualitatif ini dijalankan secara temubual berstruktur dengan menggunakan protokol temubual sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sains telah mengaplikasikan Frog VLE dan ianya membantu pengajaran dan pembelajaran serta memotivasikan guru untuk mengajar lebih baik. Namun tidak semua guru selesa menjalankannya kerana terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi guru semasa mengaplikasikannya. Antaranya ialah capaian internet yang terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus serta bebanan kerja guru yang banyak. Namun setiap masalah ada cara untuk mengatasinya. Bagi meningkatkan pengaplikasian Frog VLE dalam kalangan guru, mereka mencadangkan agar pentadbir sekolah perlu jelas tentang matlamat pelaksanaan persekita..... 2662 hits |
8 | 2014 article | Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Abdullah Norazilawati, Mohd Noh Noraini, Hamzah Mahizer, Nik Yusuf Nik Azmah, Omar Rumaizah, Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan mengkaji tahap kesediaan guru sains dan matematik Tahun 3 dari aspek pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kesediaan guru dengan pengalaman mengajar. Seramai 256 orang guru sains dan matematik di daerah Seremban telah dipilih secara rawak berstrata bagi menjayakan kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik. Data dianalisis menggunakan Statistik diskriptif iaitu frekuensi, min dan sisihan piawai serta statistic inferensi iaitu korelasi Pearson. Dapatan hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan guru Sains dan Matematik Tahun 3 di Seremban dari segi pengetahuan dan kemahiran berada pada tahap sederhana manakala aspek minat dan sikap berada pada tahap tinggi. Melalui korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan minat terhadap pengalaman mengajar ma..... 3168 hits |
9 | 2014 article | Pembinaan instrumen amalan pentaksiran guru matematik sekolah menengah Abdullah Mohd Faizal Nizam Lee, Hamzah Mohd Sahandri Gani, Che Ahmad Che Nidzam, Adnan Mazlini, Mohamed Noh Noraini, Suhaimi Shafini, Kajian ini bertujuan untuk membina satu instrumen penilaian bagi menilai amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah. Instrumen ini adalah berbentuk rubrik dua lapis. Berdasarkan tinjauan literatur, instrumen kajian dibina merangkumi dua komponen utama: (1) ciri-ciri sedia ada yang dimiliki guru; serta (2) amalan yang dilakukan. Komponen pertama terdiri daripada empat konstruk iaitu kepercayaan dan nilai guru, pengetahuan, kemahiran dan sikap. Komponen kedua, amalan yang dilakukan guru terdiri daripada lima konstruk iaitu blueprint mata pelajaran, hasil pembelajaran, hasil sasaran yang dijangka, folio A dan folio B. Adalah diharapkan artikel ini dapat memberi gambaran mengenai instrumen penilaian amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah yang dibina... 4839 hits |
10 | 2015 article | Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru sains Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini, Mansor Rosnidar, Mohamed Hashim Abdul Talib, Wong Kung Teck, Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru sains yang dijalankan di sekolah menengah. Penilaian dilihat dari aspek konteks, input, proses dan produk serta hubungannya dengan pengalaman mengajar guru. Kebaikan, kelemahan, cabaran dan cadangan guru sains dalam merealisasikan PBS juga telah dikenal pasti. Kajian ini melibatkan 112 orang guru yang mengajar sains dari 21 buah sekolah menengah di Daerah Batang Padang, Perak. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik dan soalan temu bual sebagai instrumen kajian. Penganalisisan data untuk kajian ini menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif. Taburan frekuensi atau kekerapan dengan skor min dan peratusan serta analisis korelasi Pearson telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan pada keseluruhannya tahap dimensi konteks, input dan produk berada pada tahap sederhana manakala tahap dimensi proses berada pada tahap tinggi. Hipotesis kaji..... 2801 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 3 | [ Next ] [ Last ] |