UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Nordiana Ab Jabar |
1 | 2015 Thesis | Keunggulan unsur falsafah pendidikan kebangsaan dalam puisi tradisional Melayu KOMSAS Nordiana Ab. Jabar Kajian ini bertujuan menjelaskan keunggulan unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam 30 buah puisi tradisional Komponen Sastera (KOMSAS). Kumpulan teks KOMSAS yang terlibat dalam kajian ini ialah Kasut kelopak Jantung (Tingkatan Satu), Gema Sepi Gadis Genius (Tingkatan Dua), Harga Sebuah Lukisan (Tingkatan Tiga ), Harga Remaja (Tingkatan Empat) dan Dirgahayu Bahasaku ( Tingkatan Lima). 30 buah puisi tradisional yang terlibat ialah 15 buah pantun, 11 buah syair, dua buah gurindam dan dua buah seloka. Kaedah kualitatif digunakan iaitu mengkaji teks-teks KOMSAS yang terlibat dengan mengaplikasikan teori Teksdealisme melalui prinsip kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keperibadian. Tiga objektif utama kajian; iaitu menilai keunggulan 15 unsur FPK yang terdapat dalam 30 buah puisi tradisional teks KOMSAS. Membuktikan wujudnya hubungan unsur-unsur pendidikan yang terdapat dalam FPK dengan Puisi Tradisonal Melayu KOMSAS dan menganalisis tahap kerelevanan 30 buah puisi tradisional M..... 1364 hits |
2 | 2010 Thesis | Falsafah Pendidikan Negara dalam kata-kata adat Nordiana Ab Jabar Kertas projek ini membincangkan Falsafah Pendidikan Negara dalam kata-kata adat. Kajian ini mengkaji hasil pengoperasian Falsafah Pendidikan negara membentuk insan baik yang berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, patuh serta percaya kepada Tuhan. Nilai-nilai ini dilihat di dalam kata-kata adat. Hasil dapatan dari kajian ini diharapkan dapat mempertingkat lagi mutu dan sistem Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu juga melalui kajian diharapkan dapat memberi ilmu pengetahuan tentang kata-kata adat. Dalam kajian ini, pengkaji akan menyelusuri nilai-nilai masyarakat bumi tanah beradat ini samada selari atau tidak dengan sistem aliran pengoperasian FPN supaya dapat mewujudkan masyarakat seperti yang disasarkan oleh FPN sendiri. Konsep asas yang terkandung dalam FPN ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia a..... 26 hits |