AbstractKajian ini bertujuan menjelaskan keunggulan unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam 30 buah puisi tradisional Komponen Sastera (KOMSAS). Kumpulan teks KOMSAS yang terlibat dalam kajian ini ialah Kasut kelopak Jantung (Tingkatan Satu), Gema Sepi Gadis Genius (Tingkatan Dua), Harga Sebuah Lukisan (Tingkatan Tiga ), Harga Remaja (Tingkatan Empat) dan Dirgahayu Bahasaku ( Tingkatan Lima). 30 buah puisi tradisional yang terlibat ialah 15 buah pantun, 11 buah syair, dua buah gurindam dan dua buah seloka. Kaedah kualitatif digunakan iaitu mengkaji teks-teks KOMSAS yang terlibat dengan mengaplikasikan teori Teksdealisme melalui prinsip kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keperibadian. Tiga objektif utama kajian; iaitu menilai keunggulan 15 unsur FPK yang terdapat dalam 30 buah puisi tradisional teks KOMSAS. Membuktikan wujudnya hubungan unsur-unsur pendidikan yang terdapat dalam FPK dengan Puisi Tradisonal Melayu KOMSAS dan menganalisis tahap kerelevanan 30 buah puisi tradisional M.....