UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Norul Naim Makhtar |
1 | 2021 Article | Kesan pembelajaran dalam talian terhadap sikap, motivasi dan pencapaian pelajar bagi subjek Fizik Norul Naim Makhtar Pembelajaran dalam talian telah lama diperkenalkan di peringkat pengajian tinggi. Covid-19 memaksa pelajar di sekolah menegah untuk belajar secara dalam talian. Maka pelbagai kaedah pembelajaran dalam talian digunakan. Antaranya adalah pembelajaran dalam talian secara segerak (synchronous) secara persidangan video seperti Zoom, Meet dan Webex. Selain daripada itu, penggunaan aplikasi secara tidak segera juga digunakan seperti menulis mesej dan merakam video melalui aplikasi YouTube, Telegram, Google Classroom dan Whatsapp. Terdapat juga pelajar belajar melalui kedua-dua jenis pembelajaran dalam talian iaitu secara persidangan video dan menulis mesej melalui aplikasi seperti Telegram dan WhatsApp. Kajian ini mendapati setelah melalui pembelajaran dalam talian, sikap yang positif terhadap mata pelajaran fizik ditunjukkan bagi pembelajaran dalam talian manakala motivasi pelajar pula adalah kurang positif. Seterusnya, pelajar yang menjalani pembelajaran secara tidak segerak menunjukkan per..... 479 hits |
2 | 2023 Thesis | Pembangunan dan keberkesanan modul pembelajaran PGeL bagi topik Graf Gerakan Linear Fizik Tingkatan Empat Norul Naim Makhtar Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menentukan keberkesanan modul
pembelajaran Graf Gerakan Linear (PGeL) ke atas pencapaian pelajar tingkatan empat.
Reka bentuk kajian ini ialah kajian pembangunan berdasarkan model reka bentuk
instruksional ASSURE. Modul tersebut dibangunkan dengan mengintegrasikan elemen
tongkolan, simulasi komputer, pendekatan POE (meramal-memerhati-menerangkan)
dan teknik grafik. Keberkesanan modul pembelajaran PGeL pula dikaji menggunakan
reka bentuk kuasi eksperimen. Seramai 94 orang pelajar sekolah menengah di zon
Kuala Lumpur dipilih sebagai responden kajian menggunakan teknik pensampelan
rawak berkelompok dan dibahagikan kepada dua kumpulan: kumpulan rawatan (N=51)
dan kumpulan kawalan (N=43). Keberkesanan modul pembelajaran PGeL diuji
menggunakan set soalan ujian pra dan ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa modul pembelajaran PGeL yang dibangunkan mempunyai nilai kesahan muka
dan kesahan kandungan yang tinggi iaitu masing-masing ..... 498 hits |