AbstractKajian ini bertujuan untuk membina sebuah garis panduan perbualan sebagai panduan
kepada pendidik untuk melaksanakan perbualan yang efektif di TASKA bagi menyokong
perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak daripada aspek kemahiran semantik dan
pragmatik. Garis panduan perbualan yang dinamakan sebagai Garis Panduan BuDi ini
dihasilkan bagi mengisi kekurangan panduan perbualan antara pendidik dan kanak-kanak dan
bagi mengatasi kelemahan pendidik yang tidak mahir untuk berinteraksi dengan kanak-kanak. Kajian
ini dijalankan secara kualitatif melibatkan reka bentuk kajian kes ke atas sebuah TASKA kerajaan
dalam daerah Muallim yang melibatkan seorang pendidik dan dua orang kanak-kanak yang berumur 3
tahun semasa kajian dijalankan. Pemerhatian, temu bual, senarai semak dan analisis
dokumen menjadi kaedah utama bagi .....