UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nurfatin Sakinah Khairul Anwar Zamani |
1 | 2024 Final Year Project | Tinjauan kesediaan dan perbandingan antara jantina terhadap penggunaan aplikasi TikTok dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi murid Tingkatan Empat Nurfatin Sakinah Khairul Anwar Zamani Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan murid dan mengenal pasti perbezaan tahap kesediaan murid lelaki dan perempuan terhadap penggunaan aplikasi TikTok dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian diambil secara sampel rawak mudah melibatkan 136 murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Biologi di sembilan buah sekolah di daerah Kerian, Perak. Kesahan instrumen daripada tiga orang pensyarah dan seorang guru Biologi memperoleh purata keseluruhan peratus persetujuan pakar sebanyak 97.50% bagi kesahan muka dan 85.00% bagi kesahan kandungan. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik berskala likert empat mata secara atas talian menggunakan pautan Google Form. Nilai kebolehpercayaan Cronbach_s Alpha, (0.928) adalah sangat baik. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (S..... 35 hits |