UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nurul Aini Farhanah Ab Rizal |
1 | 2024 final_year_project | Tinjauan tahap pengetahuan dan kesediaan guru pelatih Biologi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap gamifikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi Nurul Aini Farhanah Ab Rizal Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru
pelatih Biologi terhadap gamifikasi serta hubungan antara tahap pengetahuan dan tahap
kesediaan guru pelatih Biologi terhadap gamifikasi dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) subjek Biologi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan
melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 97 orang guru pelatih Biologi yang terdiri daripada
semester 6 dan 7 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dipilih berdasarkan
kaedah persampelan rawak mudah. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik dalam
platform Google Form dengan pengukuran skala Likert 1-4 sebagai instrumen kajian. Dua
orang pakar yang terdiri daripada Pensyarah UPSI telah mengesahkan instrumen kajian
dengan peratusan nilai persetujuan yang tinggi iaitu 85%. Kajian rintis dijalankan terhadap
30 orang responden bagi menguji kebolehpercayaan instrumen. Nilai Alpha Cronbach
yang diperolehi ialah (α = 0.842). dan ditafsirk..... 119 hits |