UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Nurul Izzah Mohd Johari |
1 | 2021 Thesis | Perkembangan asimilasi seni reka motif Merong Mahawangsa dalam kesenian Melayu Nurul Izzah Mohd Johari Kajian ini bertujuan mengetengahkan objek-objek seni yang disebut dalam Hikayat
Merong Mahawangsa dengan mengenal pasti artifak, objek seni, dan prasasti yang dipercayai
wujud dalam era Langkasuka. Kajian ini turut mengkaji kesinambungan susur galur kesenian
Melayu yang dipengaruhi dengan seni reka motif Merong Mahawangsa dengan mengenal pasti
jenis-jenis seni reka motif yang diukir pada objek seni yang telah dijumpai dalam era
berkenaan. Fokus kesenian Melayu boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu seni ukiran,
seni seramik atau tembikar, dan kesenian kostum diraja Melayu. Kajian kualitatif ini berdasarkan
pendekatan sejarah yang melibatkan pemerhatian dan rakaman visual artifak. Lokasi-lokasi kajian
adalah di Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Kedah, Muzium Negara Malaysia di Kuala Lumpur, Muzium
Diraja Negeri Kedah, dan beberapa..... 2252 hits |
2 | 2012 Thesis | Seni tembikar tradisional Terenang Pahang: tradisi dan perubahannya Nurul Izzah Mohd Johari Kajian ini bertujuan untuk meneroka seni tembikar tradisional Terenang Pahang. Kajian ini dipilih berdasarkan faktor pengusaha tembikar tradisional Terenang di Malaysia yang semakin berkurangan. Kajian ini juga dijalankan kerana fungsi tembikar tradisional Terenang sebagai barang utiliti semakin kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Faktor ini berlaku kerana kurangnya pendedahan mengenai keistimewaan dan keunikan tembikar tersebut kepada masyarakat umum. Oleh yang demikian, kajian terperinci dilaksanakan mengenai tembikar tradisional Terenang Pahang. Kajian ini menyentuh aspek sejarah tembikar tersebut secara umum, cara tembikar tersebut dihasilkan, jenis reka bentuk dan perubahan yang berlaku pada tembikar tersebut. Data dikumpul menggunakan kaedah pengkajian sejarah (Historiography) yang disempurnakan melalui kaedah temubual melibatkan beberapa partisipan utama iaitu Noriah Bt Mohd Ali selaku Adiguru Tembikar Tembeling, Mohammad Bin Zakaria s..... 48 hits |