AbstractKajian ini bertujuan mengetengahkan objek-objek seni yang disebut dalam Hikayat
Merong Mahawangsa dengan mengenal pasti artifak, objek seni, dan prasasti yang dipercayai
wujud dalam era Langkasuka. Kajian ini turut mengkaji kesinambungan susur galur kesenian
Melayu yang dipengaruhi dengan seni reka motif Merong Mahawangsa dengan mengenal pasti
jenis-jenis seni reka motif yang diukir pada objek seni yang telah dijumpai dalam era
berkenaan. Fokus kesenian Melayu boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu seni ukiran,
seni seramik atau tembikar, dan kesenian kostum diraja Melayu. Kajian kualitatif ini berdasarkan
pendekatan sejarah yang melibatkan pemerhatian dan rakaman visual artifak. Lokasi-lokasi kajian
adalah di Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Kedah, Muzium Negara Malaysia di Kuala Lumpur, Muzium
Diraja Negeri Kedah, dan beberapa.....