UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

Simplified search suggestions : Nuur Fathiah Nadia Ahmad Termizi
1
Abstract
Kajian ini bertujuan menentukan kesan Strategi Pengajaran GeoGebra (SPG) terhadap pencapaian murid Tingkatan 4, pencapaian konseptual, pencapaian prosedural, usaha mental dan kecekapan pengajaran dalam topik Persamaan Kuadratik. Reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra-pasca kumpulan kawalan tidak setara dijalankan terhadap 60 orang murid Tingkatan 4 dari sebuah sekolah di daerah Kota Bharu, Kelantan. Dua kelas diagihkan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan yang menjalani SPG dan kumpulan kawalan yang menggunakan Strategi Pengajaran Konvensional (SPK) bagi topik Persamaan Kuadratik. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Persamaan Kuadratik yang mengandungi soalan pengetahuan konseptual dan pengetahuan prosedural, dan Skala Perkadaran Usaha Mental. Data dianalisis menggunakan dua kaedah iaitu analisis statistik deskriptif dan statistik inferens. Analisis deskriptif melibatkan penggunaan min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan. Manakala analisi.....
Thesis Published 2018 2476 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.