AbstractKajian ini bertujuan mereka bentuk dan membangunkan modul Creativity Clay untuk mengajar kreativiti Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) masalah pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Rendah. Kajian ini menggunakan Pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan Ubahsuai melibatkan fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan dan fasa penilaian. Data fasa analisis keperluan, dikumpul melalui kajian tinjauan menggunakan soal selidik skala Likert 5 poin yang diedarkan kepada 79 guru pendidikan khas, menunjukkan tahap kreativiti yang rendah dalam kalangan MBPK masalah pembelajaran, dengan skor min 2.02 merentas empat aspek kreativiti, iaitu; a) keaslian, b) kelancaran, c) fleksibiliti, dan d) penghuraian. Data analisis keperluan menunjukkan terdapat keperluan yang tinggi untuk membangunkan modul Creativity Clay. Kaedah Fuzzy Delphi telah digunakan untuk reka bentuk modul, dengan 21 orang panel pakar. Analisis berasaskan respon pakar terhadap soal selidik.....