AbstractKajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan Kaedah Sebut Baca Bergambar dalam meningkatkan pertuturan dan pembacaan murid-murid bermasalah pendengaran di Sk Sri Adika Raja Gerik, Perak. Seramai tiga orang murid dijadikan responden di dalam kajian ini. Fokus utama di dalam kajian ini ialah murid menyebut huruf vokal (v), huruf konsonan (k) dan membaca perkataan kvkv dengan bantuan gambar. Kaedah Sebut Baca Bergambar ini dijalankan dengan meminta murid mengisyaratkan gambar yang ditunjukkan berulang kali dengan betul. Setelah itu baharulah diajar mengeja perkataan kvkv dan membaca perkataan kvkv. Kemudian diajar pula menyebut bunyi suku kata, mengeja dan membunyikan semula suku kata kv dan disusuli dengan menyebut nama huruf bagi perkataan kvkv tersebut. Metodologi yang digunakan oleh pengkaji ialah melalui ujian pra dan pos. Sebelum memulakan kajian, pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap murid dan menjalankan temu bual kepada ibu bapa. Hasil daripada kajian ini menunjukkan m.....