AbstractSeni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Melayu di Malaysia dan rumpun Nusantara. Memandangkan seni seni anyaman merupakan tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu maka sewajarnya seni anyaman ini dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Pengetahuan dan kemahiran menyaman pelbagai objek perlu disebarkan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti anyaman dari segi bahan, alat dan proses.dan seterusnya menterjemahkan teknik-teknik anyaman ke dalam bentuk perisian multimedia interaktif yang mampu menyebarkan maklumat berkaitan dengan Seni Anyaman Melayu berasaskan buluh, mengkuang dan rotan. Fokus kajian ialah anyaman nyiru, tikar dan kerusi. Pembangunan perisian multimedia interaktif ini menggunakan perisian Adobe Flash CS 3 dan berpandukan Model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation). Pengujian ke atas perisian ini dbuat menggunakan instrumen kajian yang terdiri daripada.....