AbstractKajian ini bertujuan untuk menilai potensi penuaian hujan oleh penduduk di Cameron Highlands. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pencerapan sampel air hujan dan soal selidik. Empat kawasan persampelan di sekitar Cameron Highlands iaitu kawasan pertanian, petempatan, bandar dan satu kawasan lapang telah dipilih untuk diletakkan takungan air hujan bagi diuji kandungan air hujan berdasarkan Standard Kualiti Air Minuman Kebangsaan bagi melihat kesesuaian air hujan tersebut sebagai altenatif bekalan air mentah dan air minuman. Analisis kualiti air berdasarkan sela masa 3-minit dilakukan terhadap sampel yang diambil bagi kawasan lapang.Parameter kualiti air yang dianalisis ialah pH, DO, SS, BOD, NH?N, kekeruhan, Cd, Fe,Pb dan Mn. Persampelan air hujan dilakukan sebanyak dua kali bagi merangkumi musim lembap dan musim kering. Seramai 125 orang responden telah dipilih sebagai sampel bagi mendapatkan pandangan mereka tentang kualiti air hujan. Hasil kajian mendapati, .....