|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 26 |
| Simplified search suggestions : Roslan Ali |
| 1 | 2007 Thesis | Analisis kepengarangan J.M Aziz dan nilai-nilai kemanusiaan dalam sajak-sajak J.M Aziz berdasarkan pendekatan sistem pemikiran bersepadu 4L (Luhur, Lahir, Logik, dan Lateral) Roslan Abdul Wahid This research is a great research effort on the biography and written work by J.M Aziz bin Abdul Rahman, whose real name is Abdul Aziz bin Abdul Rahman. He was active and prominent in writing and producing poems around 1950s and 1990s. This research is implemented by writing and highlighting the background of J.M Aziz and the frequency of his poems being published in the media in chronological order. The research analysis is focused mainly on the human values instilled in his poems obtained from a book titled “Derita Seorang Seniman” which was compiled by Wahba. Among the great human values obtained from his poems are based on the theme of patience, hard work, gratefulness, piousness, goodness, lovingness and responsibility. All those human values are integrated and combined with the concept of integrated thinking system which has four thinking module known as genuine thinking, physical thinking, logical thinking and lateral thinking. The reason why the elaborations on human values..... 8169 hits |
| 2 | 2016 Thesis | Kesedaran tentang isu buli dalam kalangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Rahimah Roslan Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, kesedaran, dan kesediaan berhadapan isu buli, serta pandangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mengenai langkah-langkah berkesan menangani masalah buli yang berlaku di sekolah. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kualitatif. Dapatan mengenai kesedaran buli diperolehi melalui temu bual dan disokong oleh data senarai semak. Seramai 10 orang GSTT yang mengikuti Program Diploma Pendidikan ambilan 2012/2013 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipilih sebagai responden, manakala 50 orang GSTT sebagai responden senarai semak. Hasil kajian menunjukkan bahawa GSTT sememangnya sedar akan masalah buli yang berlaku di sekolah, namun pengetahuan tentang buli yang tidak mendalam menyebabkan mereka tidak yakin untuk berhadapan dengan masalah ini. Oleh itu mereka menyerahkan sepenuhnya tanggung jawab berhadapan dengan masalah buli kepada guru disiplin, guru kaunseling, dan pengetua sekolah. Hasil kajian juga mendapati GSTT mempunyai ..... 2555 hits |
| 3 | 2015 Thesis | Keganasan komunis dan kesannya pada zaman darurat 1948-1960 di daerah Hulu Langat Selangor Roslan Muhamad Tesis ini merupakan kajian tentang Keganasan Komunis dan Kesannya Pada Zaman Darurat 1948-1960 Di Daerah Hulu Langat, Selangor. Daerah Hulu Langat merupakan sebuah daerah yang menjadi tumpuan komunis ketika zaman darurat. Komunis menjadikan estet-estet di Hulu Langat sebagai tempat gerakan serangan mereka terhadap kerajaan British. Komunis melakukan pelbagai bentuk keganasan dan kekejaman yang bersifat tidak kolektif terhadap penduduk Hulu Langat dalam usaha melakukan kekacauan dan menimbulkan suasana yang tidak aman serta melemahkan kedudukan ekonomi British di Hulu Langat. Pengkajian dilakukan bertujuan untuk melihat sejauh manakah ancaman keganasan yang bersifat tidak kolektif dan kesan daripada keganasan yang bersifat tidak kolektif ini terhadap penduduk Hulu Langat pada zaman Darurat. Pengkajian juga membincangkan faktor-faktor kepimpinan, aset persenjataan, kekuatan keanggotan dan reaksi pihak kerajaan yang menyumbang kepada keganasan yang dilakukan di Hulu Langat. Kajian ini men..... 3946 hits |
| 4 | 2014 Thesis | Kepentingan UPSI dalam perkembangan sektor peruncitan di Tanjong Malim Hulu Bernam Roslan Saad Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam menentukan perkembangan pemiagaan peruneitan di sekitar Tanjong Malim dan Hulu Bemam. Penelitian terhadap aspek demografi penduduk, latar belakang ekonomi, gaya hidup, perrnintaan, persaingan, infrastruktur, lokasi dan elemen lain yang mempunyai kaitan dengan perkembangan pemiagaan rune it di Tanjong Malim dan Hulu Bemarn dikaji. Kesemua pemboleh ubah ini dikaji kerana ia mempengaruhi eorak penawaran barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak pengguna yang terdiri daripada masyarakat setempat, pelajar dan kakitangan UPSI. Dengan menggunakan kaedah soal selidik dan temu bual bersemuka, seramai 110 responden yang menjalankan pemiagaan runcit di Tanjong Malim dan Hulu Bernam yang mengembalikan borang soal selidik sepanjang tempoh kutipan data di lapangan dijadikan sebagai unit analisis untuk menjawab persoalan dan objektifkajian yang dibentuk. Jawapan yang diperoleh daripada borang soal seli..... 1734 hits |
| 5 | 2017 Thesis | Kematian dalam karya terpilih Shahnon Ahmad Roslan Chin Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kes kematian watak pemimpin, menganalisis
unsur alam yang mengazab seksa dan mengiringi kematian watak pemimpin, dan meneliti kreativiti alam
di luar syahadah yang dikemukakan oleh Shahnon Ahmad dalam karya- karyanya. Kajian dijalankan
berasaskan konsep teoritikal kod budaya dan kod simbolik yang dikemukakan oleh Barthes, dan
teori al-Nur oleh Al-Ghazali bagi menganalisis aspek kematian dalam tiga buah karya
Shahnon Ahmad iaitu Patriarch, SHIT, dan Pararuhi. Kajian kualitatif ini menggunakan reka
bentuk kajian isi kandungan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis
perbandingan, melibatkan kombinasi koleksi data dengan rujukan Al-Quran, hadis, sirah atau
sejarah. Analisis data dikuatkan dengan hujah berdasarkan perspektif Islam bagi menjelaskan
dan menghuraikan kod budaya dan kod simbolik yang terangkum ..... 5988 hits |
| 6 | 2019 Thesis | Strategi Parti Komunis Malaya (PKM) dan operasi pasukan F di Semenanjung Tanah Melayu 1968-1989 Roslan Muhamad Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi Parti Komunis Malaya (PKM) dalam
melakukan pemberontakan bersenjata di Semenanjung Tanah Melayu bermula tahun 1968 hingga 1989.
Kajian ini juga menilai cabaran dan tekanan yang dihadapi pengganas komunis oleh pasukan
keselamatan sepanjang melakukan pemberontakan bersenjata. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk
kajian dokumen dan kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Temu bual terhadap pegawai dan
anggota Pasukan F juga bertujuan untuk menilai kejayaan operasi Pasukan ini dalam
pembanterasan pemberontakan bersenjata pengganas komunis di Semenanjung Tanah Melayu.
Dapatan daripada analisis dokumen menunjukkan tindakan berbentuk serangan bersenjata
pasukan keselamatan terhadap pengganas komunis menjadi penyebab kepada kegagalan
perberontakan PKM. Temu bual bersama angg..... 7534 hits |
| 7 | 2019 Thesis | Kesan strategi pengajaran integrasi kandungan,perwakilan dan kemahiran berfikir aras tinggi terhadap pencapaian dan sikap murid tingkatan 4 dalam penyelesaian masalah Algebra Roslan Hasan Kajian ini bertujuan menentukan kesan strategi pengajaran integrasi Kandungan,
Perwakilan dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KP-KBAT) terhadap pencapaian dan
sikap murid tingkatan 4 dalam penyelesaian masalah algebra. Reka bentuk kajian yang
digunakan ialah kuasi eksperimen ujian pra-pasca kumpulan kawalan tidak setara.
Sampel kajian terdiri daripada dua buah kelas berjumlah 42 murid Tingkatan 4 yang
dipilih secara rawak berkelompok daripada sebuah sekolah di daerah Kulim Bandar
Baharu, Kedah. Kumpulan eksperimen (24 murid) menjalani pengajaran strategi KPKBAT
manakala kumpulan kawalan (18 murid) menjalani Strategi Pengajaran
Konvensional (SPK) bagi topik Ungkapan dan Persamaan Kuadratik. Dua jenis
instrumen digunakan bagi mengumpul data iaitu Ujian Pra dan Pasca Pencapaian
Ungkapan dan Persamaan Kuadratik dan Soal Selidik Sikap terhadap Penyelesaian
Masalah. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai,
disusuli dengan analisis statistik i..... 2120 hits |
| 8 | 2021 Thesis | Hubungan kefahaman guru tentang cetakan persekitaran dan pengecaman nama kanak-kanak berumur tiga tahun Nurul Aqidah Roslan Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan kefahaman guru tentang
cetakan persekitaran dengan amalan penggunaan cetakan persekitaran guru dan pengecaman nama
kanak-kanak berumur tiga tahun di negeri Perak. Dalam kajian ini, persampelan rawak
mudah digunakan kerana populasi kajian yang bersifat homogen. Responden yang terlibat
adalah 120 orang guru TASKA di sebuah agensi kerajaan di negeri Perak. Reka bentuk kajian adalah
kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik secara atas talian (google form).
Instrumen menggunakan skala likert dan mempunyai lima bahagian iaitu demografi, kefahaman guru
tentang cetakan persekitaran, amalan penggunaan cetakan persekitaran di dalam kelas, amalan
penggunaan cetakan persekitaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian
pengecaman nama kanak-kanak berumur tiga tahun. Analisis data melibatkan skor min dan ujian ..... 1536 hits |
| 9 | 2021 Thesis | Hubungan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru-guru terhadap penggunaan VLE dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah di Daerah Hulu Selangor Roslan Maydin Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan Tahap Pengetahuan, Kemahiran
dan Sikap Guru-guru Terhadap Penggunaan Virtual Learning Environment (VLE) dalam
Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah di Daerah Hulu Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan
instrumen yang mengandungi sebanyak 33 item. Sampel kajian ini ialah seramai 136 orang guru dari
sepuluh buah sekolah rendah zon Pusat Kegiatan Guru Kalumpang di Daerah Hulu Selangor. Keputusan
ujian korelasi Pearson menunjukkan nilai Pearson r ialah (136, p=0.01) = 0.464, p.. 2654 hits |
| 10 | 2019 Thesis | Kesan Modul Kelompok Kemahiran Belajar Pendekatan Terapi Kognitif tingkah laku terhadap Kemahiran Belajar dan konsep kendiri dalam kalangan pelajar Roslan Ahmad Fuad Kajian ini bertujuan mengkaji Kesan Modul Kelompok Kemahiran Belajar HM (KBHM) berdasarkan Pendekatan Terapi Kognitif tingkah-laku (TKT) terhadap Kemahiran Belajar (KB) dan Konsep Kendiri (KK) dalam Kalangan Pelajar. Pembinaan modul KBHM didasarkan kepada Model Kitaran Pembelajaran Pengalaman. Modul KB-TKT diuji kesahan dan kebolehpercayaan melalui ujian rintis sebelum kajian kesan modul dijalankan. Kajian ini merupakan kajian kuasi-eksperimental. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah menengah di Daerah Kuala Kangsar. Soal selidik kajian ialah maklumat peribadi berserta dua inventori iaitu inventori Kemahiran Belajar-HM (KBHM) dan inventori Skala Konsep Kendiri Multidimensi. Seramai 120 subjek terlibat dalam kajian iaitu 30 subjek (n=30) dalam kelompok besar, 30 subjek dalam tiga kelompok kecil dibahagi sama rata (n1=10, n2 =10 dan n3 =10) dan selebihnya (n=60) adalah kelompok kawalan. Subjek kelompok rawatan mengikuti 10 sesi rawatan Modul KBHM yang dijalankan secara mingguan ..... 1960 hits |
| [First] [Prev] | Page 1 of 3 | [ Next ] [ Last ] |