UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Rushana Sulaiman Abd Rahim
12019
Article
Analisis simetri reka bentuk kesenian Melayu dalam perspektif etnomatematik
Rushana Sulaiman @ Abd Rahim
Kertas kerja ini adalah untuk meneliti secara ilmiah makna yang dirujuk kepada konsep kesenian Melayu melalui aspek dan pemikiran etnomatematik. Ianya boleh dilihat menerusi seni ukiran, seni anyaman, seni lukis, seni bina dan seni tekstil. Corak dan motif dalam hasil kesenian Melayu kaya dengan nilai dan amalan matematik yang boleh dilihat melalui reka bentuk geometri. Kajian ini merupakan kajian analisis simetri yang menerapkan kaedah kualitatif. Reka bentuk kesenian dianalisis dalam konteks formalistik bagi menghuraikan konsep simetri yang wujud dalam pendekatan etnomatematik. Pengumpulan data bertulis dan visual dibuat melalui kaedah dokumentasi, visual rakaman, dan pemerhatian bagi mendapatkan maklumat. Dapatan kajian mendapati hubung kait antara seni dan matematik tidak dapat disangkal lagi kerana melalui keindahan hasil kerja kesenian juga mempunyai keindahannya dari aspek matematik. Implikasi daripada penyelidikan ini bertujuan melihat kesenian bukan sahaja daripada sudut apres.....

1056 hits

22019
Article
Apresiasi karya Siri Dungun melalui elemen simetri dalam konteks Etnomatematik
Rushana Sulaiman @ Abd Rahim
Kertas kerja ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang jelas secara teoretikal dalam disiplin seni catan tentang apresiasi seni ke atas karya Siri Dungun berunsurkan tradisional Melayu menerusi pemikiran etnomatematik. Fokus utama kajian adalah mengkaji faktor yang menyokong perhubungan antara aspek formalistik seni bagi menghuraikan konsep simetri yang wujud melalui keindahan reka bentuk corak dalam karya catan yang menampilkan imej-imej tradisional Melayu. Kajian ini melibatkan analisis pengkaryaan melalui pendekatan kualitatif dengan pelaksanaan inter-disiplin secara deskriptif. Penelitian ciri simetri dijalankan bagi mengklasifikasikan reka bentuk corak karya catan menerusi proses transformasi yang merangkumi empat asas pengulangan iaitu translasi, putaran, pantulan dan pantulan gelangsar. Proses ini membentuk satu struktur yang dikenali sebagai kumpulan simetri frieze. Pola frieze merupakan corak permukaan dua dimensi yang berulang pada satu arah. Pengumpulan data secara bertul.....

810 hits

32019
Thesis
Apresiasi karya seni catan berunsurkan elemen seni tradisional Melayu dalam konteks etnomatematik
Rushana Sulaiman @ Abd Rahim
Penyelidikan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang jelas secara teoritikal dalam disiplin seni catan tentang apresiasi seni ke atas karya berunsurkan tradisional Melayu menerusi pemikiran etnomatematik. Fokus utama kajian adalah mengkaji faktor yang menyokong perhubungan antara aspek formalistik seni bagi menghuraikan konsep simetri yang wujud melalui keindahan reka bentuk corak dalam karya catan yang menampilkan imej-imej tradisional Melayu. Kajian ini melibatkan analisis pengkaryaan ke atas karya seni catan bersiri iaitu Siri Dungun dan Siri Nurani melalui pendekatan kualitatif dengan pelaksanaan inter-disiplin secara deskriptif. Penjelasan kerangka teori berpandukan kepada konsep-konsep yang diadaptasi daripada konsep etnomatematik dan konsep formalistik seni. Kaedah pengumpulan data menerusi analisis dokumentasi, visual rakaman, pemerhatian dan kajian pustaka digunakan bagi mengklasifikasikan prinsip simetri yang wujud dalam subjek, reka bentuk dan makna karya catan yang dik.....

4496 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.