AbstractEjaan Jawi lama yang tidak sistematik menyebabkan ramai orang sukar untuk teks Melayu lama. Keadaan ini amat merugikan kerana dalam teks Melayu lama terkandung pelbagai bidang ilmu yang perlu diterokai bagi membolehkan ilmu tersebut dikaji dan dimanfaatkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk membuat analisis dan perbandingan kaedah ejaan Jawi lama antara surat dan antara abad. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kaedah ejaan Jawi dalam perkataan ekasuku dan dwisuku/trisuku, ejaan kata ganda, ejaan berangkai dan ejaan kata pinjaman Arab di samping mengenal pasti penggunaan huruf gubalan Melayu dan penggunaan tanda diakritik. Bagi mencapai objektif tersebut, 10 pucuk surat Melayu lama dari abad ke-16 hingga abad ke-18 telah digunakan sebagai bahan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga kaedah ejaan bagi perkataan dwisuku/trisuku berkombinasi vokal iaitu Kaedah Tanpa Vokal, Kaedah Campuran dan Kaedah Vokal manakala perkataan ekasuku, kebiasaannya.....