UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Sabariah Sulaiman
1
Abstract
Ejaan Jawi lama yang tidak sistematik menyebabkan ramai orang sukar untuk teks Melayu lama. Keadaan ini amat merugikan kerana dalam teks Melayu lama terkandung pelbagai bidang ilmu yang perlu diterokai bagi membolehkan ilmu tersebut dikaji dan dimanfaatkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk membuat analisis dan perbandingan kaedah ejaan Jawi lama antara surat dan antara abad. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kaedah ejaan Jawi dalam perkataan ekasuku dan dwisuku/trisuku, ejaan kata ganda, ejaan berangkai dan ejaan kata pinjaman Arab di samping mengenal pasti penggunaan huruf gubalan Melayu dan penggunaan tanda diakritik. Bagi mencapai objektif tersebut, 10 pucuk surat Melayu lama dari abad ke-16 hingga abad ke-18 telah digunakan sebagai bahan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga kaedah ejaan bagi perkataan dwisuku/trisuku berkombinasi vokal iaitu Kaedah Tanpa Vokal, Kaedah Campuran dan Kaedah Vokal manakala perkataan ekasuku, kebiasaannya.....
Thesis Published 2016 2719 hits Available
2
Abstract
Makalah ini membincangkan latar belakang seorang pengkaji bahasa Melayu dalam kalangan sarjana dari Barat iaitu William Marsden (1754 -1836 M) yang dikumpul menerusi kajian kepustakaan. Di samping itu, makalah ini turut membahas tentang penglibatan beliau yang paling ketara dalam memperkembangkan bahasa Melayu. Bagi tujuan yang pertama, penelitian telah dilakukan dengan memetik secara langsung maklumat dari sumber-sumber kepustakaan manakala bagi tujuan kedua pula, penelitian telah dibuat terhadap kamus susunan beliau iaitu A Dictionary of the Malayan Language (1812). Hasil penelitian telah menemukan beberapa maklumat mengenai latar belakang sarjana ini yang boleh dikaitkan dengan dorongan kepada penglibatan beliau dalam perkembangan bahasa Melayu. Di samping itu, penelitian terhadap kamus tersebut jelas memperlihatkan penglibatan langsung beliau khususnya dalam usaha menggunakan bahasa Melayu secara tidak formal dan mempromosi bahasa Melayu kepada orang-orang Barat. Maklumat daripada .....
Article Published 2024 403 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.