UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Saidil Mazlan Abdul Razak
1
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kecergasan fizikal dan pengetahuan pelajar Tingkatan Enam yang memilih untuk belajar ke jurusan Sains Sukan. Kaedah tinjauan ini melibatkan responden seramai 390 orang yang terdiri daripada 148 pelajar lelaki dan 242 pelajar perempuan dipilih secara rawak mudah dari 10 buah sekolah Tingkatan Enam. Bateri ujian FITNESSGRAM® dan ujian Pengetahuan Asas Konten Sains Sukan digunakan sebagai instrumen penilaian dalam proses pengumpulan data. Kesahan kandungan ujian Pengetahuan Asas Konten ialah r = 0.93 dan kebolehpercayaan r = 0.77. Analisis menggunakan ujian-t tidak bersandar menunjukkan tahap pengetahuan asas konten Sains Sukan [t (388) = -.102, p = .92 (p > 0.05)] tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Analisis ANOVA sehala bagi tahap kecergasan fizikal secara keseluruhan antara Sekolah Mod 1, Mod 2 dan Mod 3 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelajar perempuan [F (2,239) = 9.293 (p..
Thesis Published 2019 3345 hits Limited
2
Abstract
Kajian ini berbentuk kuantitatif diskriptif  Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti hubungan  antara tahap ketangkasan dan tahap kelajuan di kalangan pemain hoki lelaki 18 tahun MSSM Sabah. Kajian ini juga turut melihat hubungan tahap ketangkasan  dan tahap kelajuan di kalangan pemain hoki mengikut posisi dalam permainan dan mengikut bahagian  yang terdapat di Negeri Sabah. Subjek kajian terdiri daripada pemain hoki lelaki bawah 18 tahun  yang mewakili Negeri Sabah ke Kejohanan MSSM peringkat kebangsaan tahun 2006. Alat ukur kajian ini  adalah menggunakan bateri ujian meliputi Ujian Lompat Kuadran dan Ujian Lari Ulang Alik 30 kaki  (mewakili tahap ketangkasan) dan Ujian Lari Pecut 30 meter dan Ujian Lari Pecut 6 saat (mewakili  tahap kelajuan). Keputusan kajian dengan menggunakan korelasi Pearson Product Moment menunjukkan  bahawa terdapat hubungan positif yang rendah dan signifikan di antara ujian lompat kuadran  (ketangkasan) dengan ujian lari ulang alik 3.....
Thesis Published 2007 731 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.