UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

13 record(s) found

1
Abstract
Alam semesta ini dicipta dengan kepelbagaian, begitu juga dengan kord, mempunyai warna ton yang berbeza-beza. Selain daripada digunakan sebagai iringan, kord juga boleh diaplikasikan dalam improvisasi gitar. Penyelidikan ini secara khususnya tertumpu pada bagaimana kord dikembangkan dan pengaplikasian kord dalam teknik improvisasi gitar. Menggunakan kaedah analisis harmonik untuk menjelaskan hubungkait chord tones dari kord yang dikembangkan dengan kord yang dikembangkan. Perkembangan kord dilakukan pada tiga jenis kord, major7, minor7 dan dominant7. Setelah di analisis, penyelidik mendapati bahawa perkembangan kord yang digunakan berhubungkait dari tiga jenis modes; Lydian, Lydian b7 dan Dorian. Kajian ini bukanlah sesuatu yang barn, namun ia kurang digunakan dalam improvisasi gitar dan kurang dijelaskan secara eksplisit hubungkait not dalam kord yang dikembangkan. Tiga buah repertoire dipilih dan kord major7, minor7 dan dominant7 yang ada dalam repertoire tersebut akan dikembangkan d.....
Thesis Published 2016 1200 hits Available
2
Abstract
Dalam  pembelajaran  gitar  jaz,  selain  penguasaan  terhadap  alat  muzik,  pengetahuan terhadap  harmoni jaz sangat diperlukan. Ini kerana pengetahuan harmoni ini bukan saja dapat   membantu    dalam   melakukan   improvisasi,   ia   boleh   digunakan   dalam menghasilkan gubahan semula dalam  bentuk kord melodi. Sebab itu wujudnya banyak buku panduan atau buku metod gitar jaz dalam pasaran  global. Malahan pembelajaran gitar jaz di Malaysia juga banyak menumpukan pembelajaran teknik  pengharmonian menggunakan repertoir barat yang dikenali sebagai standard jaz, sedangkan pendidikan  muzik  di  Malaysia  seharusnya  mengangkat  repertoir  muzik  tradisional  tempatan. Hasilnya,  repertoir tradisional kekal seperti dahulukala. Keadaan ini juga disebabkan dogma  yang  tertanam   dalam  kalangan  pengiat  muzik  tradisional  yang  risau  akan kehilangan  nilai  autentik  dalam   sesebuah  muzik  tradisional  itu.  Impli.....
Thesis Published 2021 3382 hits Available
3
Abstract
The purpose of this study was to examine the propagation ability of Punica granatum L. through tissue culture system. In addition, callus induction was also carried out in the study  to observe the rate of cell differentiation on explants. The experimental design that was used in  this research is Completely Randomized Design (CRD). The complete regeneration of the Punica  granatum L. plant and callus production was successfully produced through the tissue culture  technique. Explants used in this study were leaves, stem  and  roots  from  8-week-old  aseptic   seedlings.  All  cultures  were  stored  at  a temperature of 25 ± 1ºC and light 16 hours of light,  8 hours dark. Plant acclimatization was done on three different medium, garden soil, coco peat and  vermiculite. All data was  recorded  and  analyzed  using  ANOVA.  Leaf  explants  were  found  to   be  very responsive   and   Murashige   and   Skoog   (MS)   medium   add.....
Thesis Published 2018 1880 hits Available
4
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kecergasan fizikal dan pengetahuan pelajar Tingkatan Enam yang memilih untuk belajar ke jurusan Sains Sukan. Kaedah tinjauan ini melibatkan responden seramai 390 orang yang terdiri daripada 148 pelajar lelaki dan 242 pelajar perempuan dipilih secara rawak mudah dari 10 buah sekolah Tingkatan Enam. Bateri ujian FITNESSGRAM® dan ujian Pengetahuan Asas Konten Sains Sukan digunakan sebagai instrumen penilaian dalam proses pengumpulan data. Kesahan kandungan ujian Pengetahuan Asas Konten ialah r = 0.93 dan kebolehpercayaan r = 0.77. Analisis menggunakan ujian-t tidak bersandar menunjukkan tahap pengetahuan asas konten Sains Sukan [t (388) = -.102, p = .92 (p > 0.05)] tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Analisis ANOVA sehala bagi tahap kecergasan fizikal secara keseluruhan antara Sekolah Mod 1, Mod 2 dan Mod 3 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelajar perempuan [F (2,239) = 9.293 (p..
Thesis Published 2019 3344 hits Limited
5
Abstract
Kajian ini berbentuk kuantitatif diskriptif  Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti hubungan  antara tahap ketangkasan dan tahap kelajuan di kalangan pemain hoki lelaki 18 tahun MSSM Sabah. Kajian ini juga turut melihat hubungan tahap ketangkasan  dan tahap kelajuan di kalangan pemain hoki mengikut posisi dalam permainan dan mengikut bahagian  yang terdapat di Negeri Sabah. Subjek kajian terdiri daripada pemain hoki lelaki bawah 18 tahun  yang mewakili Negeri Sabah ke Kejohanan MSSM peringkat kebangsaan tahun 2006. Alat ukur kajian ini  adalah menggunakan bateri ujian meliputi Ujian Lompat Kuadran dan Ujian Lari Ulang Alik 30 kaki  (mewakili tahap ketangkasan) dan Ujian Lari Pecut 30 meter dan Ujian Lari Pecut 6 saat (mewakili  tahap kelajuan). Keputusan kajian dengan menggunakan korelasi Pearson Product Moment menunjukkan  bahawa terdapat hubungan positif yang rendah dan signifikan di antara ujian lompat kuadran  (ketangkasan) dengan ujian lari ulang alik 3.....
Thesis Published 2007 730 hits Available
6
Abstract
Evaluating the e-learning portal is essential to ensure the success of online teaching and learning activities. The portal should be assessed regularly to determine its value as a tool to support learning. This study aims to investigate students’ perspectives on using the e-learning portal as a blended and online learning activity. A survey involving two cohorts of students from a public university in Malaysia was conducted in 2016 (n = 805) and 2020 (n = 1027). The survey required the students to evaluate the use of the e-learning portal in blended and online learning, regarding their self-learning experiences, learning performances, quality of learning materials, quality of communication, and their level of interest in using the portal. The findings revealed that the majority of the students from both cohorts were generally positive about using the e-learning portal to support their learning. However, it is interesting that both cohorts preferred face-to-face instruction over onlin.....
Article Published 2023 598 hits Available
7
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan mengkaji pengaruh kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh pengetua serta mengenal pasti hubungan dengan amalan gaya komunikasi pengetua terhadap komitmen organisasi sekolah menengah harian di negeri Perak. Kajian ini juga untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua, tahap amalan gaya komunikasi pengetua dan tahap amalan komitmen organisasi sekolah. Kajian ini turut mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan gaya komunikasi pengetua dan komitmen organisasi sekolah serta hubungan dengan jantina, lokasi tempat berkhidmat dan tempoh perkhidmatan guru. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan melibatkan soal selidik sebagai instrumen kajian dalam mengumpul data. Pensampelan rawak berstrata dan pensampelan berkelompok digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden kajian seramai 374 orang guru sekolah menengah harian di negeri Perak. Dapatan kajian menunjukkan tahap kep.....
Thesis Published 2023 2359 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan Realiti Berperantara (Augmented Reality) dalam pembelajaran guru pelatih Biologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Hubungan antara tahap kesediaan dan penggunaan AR dalam pembelajaran guru pelatih Biologi UPSI turut diukur dalam analisis kajian ini. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kajian tinjauan. Kaedah persampelan rawak mudah dijalankan ke atas populasi kajian berjumlah 221 orang yang terdiri daripada guru pelatih Biologi UPSI semester lima hingga tujuh. Data daripada instrumen borang soal selidik digunakan untuk analisis deskriptif dan inferensi statistik. Analisis adalah menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 29. Borang ini mengandungi empat bahagian dengan jumlah 29 soalan beserta demografi responden dan dinilai menggunakan Skala Likert 4 mata. Kesahan borang soal selidik oleh dua orang pakar memperolehi nilai Cohe.....
Final Year Project Published 2024 847 hits Available
9
Abstract
Entity Relationship Diagram (ERD) is the conceptual model of database design which serves as a visual starting point for database architecture. Database design represents structural diagrams of information systems. Thus, it needs to be constructed comprehensively. It was included in the ASK and SK curriculum which was introduced in 2017. Many students and even teachers are struggling in learning this topic as the content of this topic in form 3, form 4 and form 5 were using different notation. Hence, ERDeeds, a mobile application using the Project-Based Learning (PBL) and Computational Thinking (CT) approach, offers ERD problem solving efficiently. It aims to help teachers and students in learning ERD and understand ERD concept and development interactively anywhere at any time. Evolutionary prototyping methodology was adopted in developing this app. The evaluation of ERDeeds shows that an average score of 76% was given based on the analysis using System Usability Scale (SUS.....
Final Year Project Published 2023 562 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau di antara dua gaya kepimpinan iaitu gaya kepimpinan transformasi dan gaya kepimpinan pengajaran yang dimiliki oleh pengetua daiam menghadapi sistem persekolahan yang dapat memberikan kepuasan keija di kalangan guru-guru sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan satu set soalan kaji selidik yang diterjemahkan telah digunakan bagi mengukur kepuasan keija guru. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru sekolah menengah dalam daerah Kuala Kangsar, Perak. Angkubah bebas ialah latarbelakang diri seperti jantina, status perkahwinan, umur, bangsa, taraf pendidikan, jenis sekolah, jawatan, pengalaman mengajar dan opsyen. Angkubah bersandar pula adalah faktor gaya kepimpinan transtormasi dan gaya kepimpinan pengajaran. Kajian ini juga turut melihat kepuasan kerja guru-guru terhadap gaya kepimpinan pengetua di sekolah berkenaan. Alat kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sa.....
Thesis Published 2005 475 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.