UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Sayed Muhd Arif Sayed Yahya |
1 | 2022 thesis | Pengaruh kos pematuhan di dalam memediasi hubungan di antara perilaku pengguna dengan kepuasan pengguna terhadap sistem e-Claim di Universiti Pendidikan Sultan Idris Sayed Muhd Arif Sayed Yahya Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap kepuasan pengguna sistem e-
Claim, mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang atau memotivasi perilaku
penggunaan sistem e-Claim dan mengkaji kesan penggunaan sistem e-Claim terhadap
kos pematuhan di UPSI. Kajian ini juga mengkaji hubungan antara kepuasan
pengguna, perilaku penggunaan dan kos pematuhan terhadap implikasi amalan UPSI.
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan satu set borang soal
selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi enam bahagian berdasarkan
model faktor penentu yang telah ditetapkan dan diedarkan kepada responden.
Populasi kajian adalah melibatkan kakitangan UPSI dalam Kumpulan A dan ke atas
kerana kumpulan ini menggunakan sistem e-Claim termasuk kakitangan akademik
dan bukan akademik. Bilangan sampel kajian ini ialah seramai 285 orang dengan
menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Hasil ujian bagi H1 mendapati nilai
pekali, R=0.834, β=.785, R2=.697, p=.000 (p=.. 836 hits |
2 | 2010 thesis | Sistem perakaunan berkomputer UIMS/FIS dalam pengurusan kewangan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Sayed Muhd Arif Sayed Yahya Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menerangkan tahap penggunaan modul sistem perakaunan berkomputer UPSI Integrated Management System / Financial Information System (UIMS/FIS) dan menjelaskan tahap penerimaan terhadap sistem ini oleh staf Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan UPSI. Kajian ini juga menentukan hubungan yang signifikan di antara penggunaan modul UIMS/FIS dengan penerimaan sistem UIMS/FIS oleh staf UPSI. Selain itu, kajian ini juga menentukan wujudnya perbezaan yang signifikan di antara faktor demografi staf dengan penggunaan modul UIMS/FIS dan penerimaan sistem UIMS/FIS. Faktor-faktor demografi staf adalah seperti jantina, umur, gred jawatan, pusat tanggungjawab, pengalaman kerja, minat komputer, kekerapan latihan dan penggunaan sistem lain sebelum ini. Modul-modul yang diuji dalam sistem ini adalah modul bajet, modul pesanan belian, modul pembayaran, modul panjar wang runcit, modul resit tunai, modul aset da..... 195 hits |