UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 4
Simplified search suggestions : Shaharir bin Mohamad Zain
12019
article
Sistem angka perpuluhan yang diketahui tertua di dunia: angka Malayonesia
Shaharir bin Mohamad Zain
Tamadun Malayonesia yang sarjananya menggunakan bahasa Melayu sebagai pengungkap kecendekiawanannya, masih belum diiktiraf kewujudannya oleh sarjana Barat kerana ketiadaan bukti bertulis pencapaiannya yang tinggi dalam KeJuTSAMA/STEM. Dalam usaha memperbaiki keadaan inilah maka kami telah melakukan penyelidikan, ekskavasi ilmu, sejak 1990-an bagi memperoleh unsur-unsur sains dan matematik (SAMA) dalam bahasa Melayu yang asli dan terkehadapan daripada bangsa lain sezamannya terutamanya Inggeris. Di sini dipaparkan beberapa hasil penyelidikan yang mutakhir tentang perkara tersebut, khususnya untuk bidang angka. Ditunjukkan bahawa bangsa Malayonesia berbahasa Melayu adalah pencipta terawal di dunia sistem angka perpuluhan seperti sekarang ini, sekaligus menjadikan bangsa pencipta angka kosong yang tertua di dunia. Hal ini bertentangan dengan kepercayaan dunia selama ini bahawa sistem angka perpuluhan dengan kosong adalah ciptaan tamadun Hindu, Islam atau Khmer Lama.  ..

487 hits

22020
article
Kritikan terhadap KBAT dan syor penggantinya
Shaharir Mohamad Zain
Pendekatan matematik (dan subjek lain juga) yang didukungi oleh Kementerian Pendidikan yang terbaharunya, setelah gagal beberapa pendekatan impot selama ini, ialah yang diakronimkan sebagai KBAT (kemahiran berfikir aras tinggi) yang juga dimport dari Barat-Inggeris, HOTS (high ordered thinking skill) dan berasaskan teori pendidikan ciptaan Bloom lebih setengah abad yang lalu. Hujah dipaparkan tentang betapanya barang impot pendidikan yang tidak disesuaikan dengan keperluan dan cita-rasa tempatan, iaitu kebudayaan tempatan, atau dengan kata-kata yang lebih sarat teorinya, tidak diperibumikan, terlebih dahulu semestinya akan menempah kegagalan, lebih-lebih lagi barang ini sebenarnya sudah pun ditolak oleh sesetengah penilainya di negara pembuat barang ini sendiri.  Ciri-ciri ketidak-sesuaiannya KBAT dengan kebudayaan kita dan kritikankritikan sarjana Barat terhadapnya yang relevan dengan kebudayaan kita dibicarakan di sini. Di samping itu, oleh sebab KBAT tentunya akan diteruskan juga .....

783 hits

32023
article
Bahasa Melayu juga sumber Ilmu
Shaharir Mohamad Zain
A language has long been agreed by most philosophers as value-laden and as a source of ideas and concepts, and in fact as an initiator of a unique knowledge. This is implicitly described by Whorf (1940) and Sapir (1949) in the field of humanities and first by Cisserer (1942) in sciences. However, until today the public still believe, especially among the people in colonised countries such as the people of Malaysia, that a language is only passive vehicle or medium of information and knowledge. A reason for this situation to happen is that the original knowledge in Malay language, especially in science and mathematics is not known even to teachers and scholars even though Hassan (2003; 2016) has tried to show the converse has happened in the classical Malay in arts but it is not sufficiently convincing. Shahrir (2014a) provides some examples in science and mathematics in the old and classical Malay but again no significantly highlighted the importance, the originality and uniqeness of t.....

97 hits

42023
article
Shaharir Mohamad Zain pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa pengungkapan ilmu
Mohd Tarmizi Hasrah
Hanya sebahagian kecil ilmuwan yang sanggup melangkah tembok bidang kepakaran masing-masing bagi menikmati panorama rentas mahupun multi disiplin. Salah seorang yang sanggup melakukannya ialah Shaharir Mohamad Zain. Beliau yang mendapat pendidikan rasmi dalam bidang matematik dan fizik, kemudiannya menyerlahkan penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu lain seperti bahasa, budaya, ekonomi, politik dan falsafah. Makalah ini bertujuan membincangkan pemikiran dan sumbangan Shaharir terhadap bahasa Melayu dengan fokus yang spesifik kepada pemerkasaan bahasa ini sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengungkapan ilmu. Bagi mencapainya, makalah ini berpedoman kepada perspektif grafisejarah menerusi konsep iklim idea (Koerner, 1989) khusus untuk menelusuri cetusan awal dan perkembangan pemikiran Shaharir tentang bahasa Melayu. Penyerlahan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa komunikasi ilmu dilakukan menerusi telaah kritis terhadap karangan Shaharir, kemudiannya dipaparkan menurut tema-tema tert.....

90 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.