|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Siti Aisyah Mat Yusoff |
| 1 | 2018 Thesis | Pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti dan motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya Siti Aisyah Mat Yusoff Kajian ini bertujuan untuk mengukur pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti dan motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Asajaya, Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak mudah yang melibatkan 442 orang pelajar tingkatan empat dari lima buah sekolah di daerah Asajaya, Sarawak. Responden kajian menjawab empat jenis soal selidik iaitu Career Related Parent Support Scale (CRPSS), Big Five Inventory (BFI), Participation Motivation Inventory (PMI) dan Career Decision- Making Self-Efficacy Scale- Short Form (CDMSE-SF). Data dianalisis menggunakan Ujian-t, Korelasi Pearson dan Regrasi Pelbagai. Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan subskala sokongan ibu bapa iaitu galakan lisan dan sokongan emosi berdasarkan jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan motivasi intrinsik dan eks..... 2002 hits |