AbstractCorona virus disease 2019 atau COVID-19, penjarakan sosial, pengesanan kontak dan kuarantin merupakan kata-kata baharu dicipta atau diguna semula ini sering didengar dan digunakan sejak penularan wabak COVID-19. Kata-kata neologisme ini dibentuk sesuai dengan keperluan konteks semasa agar difahami khalayak ramai. Sidang akhbar, siaran akhbar dan media sosial berperanan penting dalam menyampaikan laporan berkenaan COVID-19 dan secara tidak langsung memperkenalkan kata-kata berbentuk neologisme. Oleh itu, kajian ini akan meneliti jenis-jenis pembentukan neologisme dan aspekaspek linguistik yang terlibat dengan berfokuskan pada leksikal-kesikal yang berkaitan COVID-19 di negara Brunei Darussalam (NBD). Sejumlah 86 leksikal telah dikumpulkan dari siaran akbar Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Twitter. Dua objektif yang ingin dicapai, iaitu (i) mengenal pasti jenis-jenis proses pembentukan neologisme COVID-19 dalam konteks NBD dan (ii) mengenal pasti proses pembentukan .....