UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Tasaratha Rajan Anamalai |
1 | 2020 thesis | Keberkesanan aplikasi Kahoot! terhadap minat dan pencapaian murid sekolah rendah dalam topik Operasi Asas Matematik Tasaratha Rajan Anamalai Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan penggunaan m-pembelajaran berasaskan aplikasi Kahoot! terhadap minat dan pencapaian murid dalam topik Operasi Asas Matematik bagi murid Tahun Tiga. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi- eksperimental dengan bilangan sampel seramai 60 murid dari dua kelas tahun tiga iaitu satu kelas seramai 30 murid mewakili kumpulan rawatan menjalani pendekatan mpembelajaran menggunakan aplikasi Kahoot! berasaskan permainan dan satu kelas seramai 30 murid mewakili kumpulan kawalan yang menjalani pendekatan pembelajaran konvensional. Pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua kumpulan berlangsung selama empat minggu. Data dikumpulkan melalui soal selidik untuk mengukur tahap minat murid terhadap aplikasi Kahoot! dan satu set soalan ujian pra dan ujian pasca yang mengandungi 32 soalan aneka pilihan untuk mengukur pencapaian. Data dianalisis dengan menggunakan pengukuran kuantitatif yang melibatkan analisis deskriptif dan inferensi menggunakan ujian-t bagi ..... 4078 hits |
2 | 2023 thesis | Keberkesanan pendekatan gamifikasi mudah alih terhadap minat dan pencapaian Matematik murid SJKT Tasaratha Rajan Anamalai Kajian ini bertujuan mengukur keberkesanan pendekatan gamifikasi mudah alih
berasaskan aplikasi Quizizz dalam meningkatkan minat dan pencapaian murid Tahun
Lima dalam Nombor Bulat dan Operasi Asas Matematik di tiga buah SJKT di daerah
Kinta Selatan, Perak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimental yang
melibatkan 30 orang murid dalam kumpulan eksperimen dan 30 orang murid dalam
kumpulan kawalan. Data dikumpulkan melalui soal selidik minat murid terhadap
aplikasi Quizizz dan satu set soalan ujian pra dan pos (pencapaian) yang mengandungi
40 item soalan aneka pilihan. Pengukuran deskriptif digunakan bagi menilai sama ada
terdapat perkaitan antara gamifikasi mudah alih dengan pencapaian dan minat murid.
Pengukuran inferensi ujian-t pula dijalankan untuk menguji sama ada terdapat
perbezaan signifikan antara skor ujian pos kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan dengan penggunaan gamifikasi mudah alih begitu juga ujian kolerasi bagi
mengkaji hubungan skor kedua-dua..... 286 hits |