UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Wan Nur Fatin Hanani Mohd Fauzai |
1 | 2023 Article | Tanaman kelapa di Jajahan Tumpat 1970-1980-an Wan Nur Fatin Hanani Mohd Fauzai Kajian ini membincangkan tentang sejarah perkembangan tanaman kelapa di Jajahan Tumpat, Kelantan 1970-1980-an. Ia menggambarkan tentang latar belakang tanaman kelapa di Jajahan Tumpat sepanjang tempoh berkenaan di mana tanaman kelapa sedang mengalami krisis ekoran kejatuhan harga kelapa di pasaran. Artikel ini turut merungkai perkembangan sepanjang tempoh berkenaan dengan berpandukan kepada maklumat yang diperolehi daripada sumber primer dan sumber sekunder. Antara dokumen primer yang dirujuk adalah dokumen dan laporan rasmi kerajaan mengenai pertanian di Kelantan sepanjang tempoh kajian. Selain daripada perkembangan yang terjadi dalam penanaman kelapa sepanjang 1970-1980an, kajian ini turut memfokuskan kepada usaha membangunkan semula tanaman kelapa di Jajahan Tumpat yang melibatkan agensi kerajaan yang bertanggungjawab kepada pertanian. Kajian mendapati bahawa, pengusaha kelapa di Jajahan Tumpat melalui tempoh yang penuh cabaran pada tahun 1970-1980-an kerana kemelesetan harga kelapa..... 60 hits |