UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Zainuddin Awang |
1 | 2018 thesis | Kebolehpercayaan dan kesahan instrumen naik turun bangku untuk pengujian daya tahan kardiovaskular Zainuddin Awang Kajian ini dijalankan untuk memperkenalkan instrumen naik turun bangku boleh laras yang dibina bagi menguji daya tahan kardiovaskular berdasarkan ketinggian sudut pinggul 82°, di samping mendapatkan kebolehpercayaan dan kesahan. Seterusnya instrumen ini ditadbirkan ke atas pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 10, 11 dan 12 tahun di Tanjung Malim, Perak. Seramai 90 orang subjek dipilih secara rawak bagi ujian lapangan dan makmal menggunakan protokol Treadmill Bruce sebagai rujukan kriteria.Bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan, kaedah uji ulang uji telah digunapakai. Manakala analisis Korelasi Pearson ProductMoment digunakan untuk melihat kesahan di antara ujian lapangan dan makmal. Analisis kebolehpercayaan menunjukkan terdapat kebolehpercayaan yang tinggi bagi bangku boleh laras yang dihasilkan oleh penyelidik. Hasil kajian juga menunjukkan bangku sedia ada 12 inci tidak mempunyai kesahan yang tinggi bagi pelajar lelaki dan perempuan peringkat umur 10 dan 11 tahun, akan tetapi..... 1465 hits |