UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

Simplified search suggestions : Zamri Mahamod
1
Abstract
Murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan turut mendapat peluang untuk belajar dalam Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Mereka berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan menggunakan bahasa isyarat sendiri. Perkara ini tentu menyukarkan mereka kerana tidak boleh berinteraksi secara bebas dengan orang di sekeliling mereka. Murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan boleh mendapat manfaat daripada sistem pendidikan yang mereka hadiri jika guru dan murid menggunakan komunikasi augmentatif dan alternatif dalam proses P&P. Satu kajian kualitatif telah dijalankan secara naratif inkuiri sebagai kaedah kajian. Data dikumpul melalui pemerhatian di dalam bilik darjah, temu bual dan analisis bukti dokumen. Hasil kajian mendapati murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan belajar kemahiran bahasa menggunakan isyarat tangan dan berbantukan gambar yang mana boleh dianggap sebagai kaedah tradisional. Proses P&P kemahiran bukan lisan dap.....
Article Published 2012 2679 hits Available
3
Abstract
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru-guru Bahasa Melayu tentang penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) komponen sastera (KOMSAS). Persepsi guru Bahasa Melayu ini merujuk kepada tahap pengetahuan, tahap kemahiran pelaksanaan dan tahap sikap guru dalam PdPc Bahasa Melayu menggunakan bahan KOMSAS. Sampel terdiri daripada 219 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di daerah Gua Musang (8 sekolah menengah), Kuala Krai (10 sekolah menengah) dan Machang (8 sekolah menengah) di Kelantan. Pemilihan sampel dibuat secara rawak. Pengumpulan data adalah melalui soal selidik menggunakan skala Likert 1 hingga 5. Data dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif meliputi analisis frekuensi, min dan sisihan piawai. Hasil dapatan deskriptif ialah pengetahuan min 2.63, kemahiran pelaksanaan min 3.18 dan sikap min 3.63. Implikasi kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu perlu diberi lebih pend.....
Article Published 2018 1218 hits Available
4
Abstract
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid daripada keluarga B40. Kajian kes ini djalankan di dua buah sekolah menengah kebangsaan yang dikenal pasti ramai murid B40 yang tidak tahu dan kurang lancar membaca dan menulis di daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai 16 murid B40 tingkatan 1, iaitu 7 orang murid B40 kaum Cina, 4 orang murid B40 kaum India dan 5 orang murid B40 kaum Melayu dipilih sebagai peserta kajian. Seramai 8 orang murid B40 belajar di SMKA dan 8 orang murid B40 lagi belajar di SMKB. Temu bual berstruktur digunakan sebagai instrumen kajian. Data temu bual dianalisis secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua murid B40 kaum Cina, India dan Melayu ini mempunyai tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis yang sangat terhad dan terhad. Murid B40 Cina paling lemah kemahiran membaca dan menulis. Jika tahu menulis, mereka tidak tahu perkara yang ditulis. Murid B40 India pula, kemahiran mem.....
Article Published 2021 1659 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.