AbstractKajian ini bertujuan membangunkan serta menentukan kesahan dan kebolehpercayaan satu instrumen penilaian berbentuk ujian bagi menilai tahap penguasaan kemahiran Pengurusan Diri dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 Tahun 1. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berpandukan Model Pembinaan Instrumen oleh McIntire dan Miller (2007), yang merangkumi tiga fasa utama iaitu analisis keperluan, pembinaan instrumen, dan pelaksanaan kajian. Seramai 273 orang guru dan 462 orang MBPK dari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di negeri Johor telah terlibat sebagai responden. Instrumen yang dibangunkan terdiri daripada lima konstruk utama, iaitu Kemahiran Kendiri, Kebersihan dan Keselamatan, Penggunaan Tandas, Pengurusan Tempat Tinggal, serta Adab dan Tatasusila, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 78 item soalan. Dapatan kajian menunjukkan nilai Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dan Bartlett_s Test adalah 0.....