AbstractDalam era teknologi kini, penggunaan video animasi semakin mendapat tempat sebagai
alat bantu penyampaian ilmu dalam dunia pendidikan, terutamanya untuk mata
pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM.
Namun, tiada sebarang garis panduan untuk pembangunan video animasi sebagai bahan
bantu mengajar (BBM) bagi mata pelajaran berkenaan buat ketika ini. Maka, kajian ini
dijalankan untuk membangunkan satu garis panduan pembangunan video animasi bagi
mata pelajaran Sejarah Tingkatan lima. Pendekatan DDR digunakan dalam kajian ini
yang melibatkan tiga fasa, iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan
pembangunan, dan fasa penilaian, yang melibatkan satu panel pakar yang mempunyai
kepakaran dalam bidang multimedia dan pendidikan sejarah. Dapatan fasa pertama
kajian berdasarkan kaedah temu bual dengan lima (5) orang pakar menunjukkan
terdapat keperluan untuk garis panduan pembangunan video animasi bagi mata
pelajaran berkenaan dengan.....