UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 1011
12019
Article
Potensi unsur-unsur teater forum dalam pembentukkan insan menyeluruh: Dapatan kajian kualitatif kelas
Nadarajan Thambu
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran media dramatik seperti Teater Forum boleh dikelaskan sebagai bahan media konkrit dan sifatnya menyerupai keadaan sebenar. Media dramatik ini boleh menukar pengalaman abstrak dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pengalaman konkrit untuk melahirkan manusia yang holistik dari aspek pemikiran, perasaan dan tindakan. Artikel ini membincangkan potensi Teater Forum dalam membentuk manusia holistik seperti yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebanyak 12 peserta terlibat dalam kajian kualitatif ini. Data dikumpul melalui pemerhatian, temu bual kumpulan berfokus dan entri catatan jurnal. Data yang dikumpul daripada pelbagai kaedah dianalisis dengan menggunakan teknik analisis tema. Hasil kajian membuktikan bahawa elemen-elemen Teater Forum seperti dialog, latihan, aksi lakonan, tindakan membuat keputusan dan prinsip-prinsip dalaman dan luaran boleh menjadi teknik pengajaran yang berkesan untuk merangsang aspek pemikiran mor.....

2642 hits

22019
Article
Aplikasi program atlas.ti dalam penyelidikan kualitatif pengajian pascasiswazah bidang Pengajian Islam: Suatu cadangan awal
Nurhanani Romli
Penyelidikan dalam bidang pengajian Islam telah berkembang dengan jayanya termasuklah melalui penghasilan penyelidikan ilmiah oleh calon-calon pascasiswazah sama ada di peringkat sarjana mahupun di peringkat doKtor falsafah. Tambahan lagi, pengkhususan dalam pengajian Islam bukan hanya berkaitan pengajian Al-Quran, Hadith, Fiqh ataupun persoalan akidah sematamata. Malah telah merangkumi penyelidikan aspek perundangan, ekonomi dan kewangan, pengurusan, sains politik, pemikiran Islam kontemporari, industri halal serta sains gunaan berkaitan pengajian Islam. Berdasarkan sampel kajian daripada jumlah tesis pasca siswazah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang telah dimuat turun secara dalam talian. Jumlah keseluruhan tesis di bidang penyelidikan pengajian Islam sebanyak 154 kajian pascasiswazah pada 2016 dan 56 kajian pascasiswazah dalam bidang pengajian Islam pada 2017 yang menjadikan jumlah keseluruhan kedua-dua tahun 2016 dan 2017 sebanyak 210 buah penyelidikan dihasilkan. Berda.....

1127 hits

3Article
Penggunaan buku teks dan penerimaan ilustrasi dalam kalangan guru dan murid: pendekatan kualitatif dan kuantitatif
Marmi Mariana Zakaria
Kajian ini bertujuan mengenal pasti penerimaan ilustrasi dan kekerapan penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dalam kalangan guru dan murid tingkatan satu. Reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik dan protokal temu bual telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru Bahasa Melayu dan 50 orang murid tingkatan satu. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu adalah pada tahap memuaskan, iaitu 63.4 peratus guru dan 58 peratus murid setuju bahawa buku teks digunakan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Dapatan elemen ilustrasi pula menunjukkan 90 peratus guru dan murid setuju bahawa ciri-ciri, jenis-jenis dan fungsi-fungsi ilustrasi mendorong mereka menggunakan Buku Teks Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dapatan data temu bual menunjukkan terdapat kekangan penggunaan buku teks dari aspek kandungan terutamanya nota-nota tatabahasa. Kesimpulannya, kajian ini menu.....

351 hits

42018
Thesis
Penerimaan program dakwah dalam kalangan golongan profesional Melayu di negeri Pahang
Ahmad Effat Mokhtar
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan para profesional Melayu di negeri Pahang terhadap program dakwah yang dianjurkan oleh badan-badan dakwah. Reka bentuk kajian  tinjauan berpandukan Theory of Reasoned Action (TRA) digunakan untuk mengetahui hubungan dan  sumbangan enam faktor tingkah laku iaitu amalan agama, kefahaman agama, sikap, pengaruh rakan,  kepuasan dan keberkesanan dakwah dengan penerimaan program dakwah. Data kajian dianalisis secara  deskriptif dan inferens menggunakan ujian-t, ANOVA sehala, korelasi dan regresi berganda. Kajian  ini juga menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif. Nilai  kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik yang dibina adalah tinggi, iaitu antara 0.68  hingga 0.93. Responden kajian ini dipilih berdasarkan pensampelan mudah. Seramai 318 orang golongan  profesional Melayu terlibat untuk menjawab instrumen soal selidik. Sementara itu, seramai 37 orang  responden yang terdiri daripada g.....

11807 hits

52019
Thesis
Penilaian KIPP dalam pembelajaran dan pemudahcara murid ketidakupayaan penglihatan menggunakan buku teks Braille pendidikan kesenian
Norzuraina Mohd Nor
  Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis Buku Teks Braille Pendidikan Kesenian Tahun 1 (BTBPKT1) dan proses Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) Pendidikan Kesenian (Suaian) (PKS) Tahun 1 dan juga menilai kebolehbelajaran berdasarkan  model penilaian Kontek-Input-Proses-Produk (KIPP) oleh Stuflebeam. Kajian penilaian ini menggunakan  reka bentuk kajian kes. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan lima orang  murid ketidakupayaan penglihatan dan empat orang guru. Data diperolehi melalui pemerhatian,  temubual, tugasan, dan analisis dokumen. Data tugasan dianalisis menggunakan perisian SPSS,  manakala data temubual dianalisis menggunakan perisian NVIVO. Kerangka teoritikal kajian adalah  berdasarkan Teori Pembelajaran Humanistik, Teori Sosio-Budaya (Scaffolding), dan Teori Pembelajaran  Tingkah Laku. Hasil dapatan analisis dokumen pada peringkat penilaian konteks (K) menunjukkan  BTBPKT1 adalah dokumen yang menyokong prose.....

24505 hits

62017
Article
Agihan zakat terhadap asnaf al-Gharimin menurut pandangan ulama dan amalan masa kini
Daud Mohd Noor, Ismail Halim,
1041 hits

72018
Thesis
Perikanan lestari zon pinggir pantai berasaskan kearifan tempatan di Kabupaten Raja Ampat provinsi Papua Barat republik Indonesia
Endang Gunaisah
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis dan bentuk kearifan tempatan bagi kegunaan pemeliharaan perikanan lestari di kawasan konservasi zon pinggir pantai Teluk Mayalibit,  Kabupaten Raja Ampat, Provinsi Papua Barat, Republik Indonesia. Kajian ini menggunakan pendekatan  kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan soal selidik dan temu bual sebagai instrumen  kajian. Pemilihan sampel menggunakan pensampelan bertujuan dengan melibatkan 248 orang penduduk zon  pinggir pantai manakala 30 orang pemegang taruh bagi temu bual berstruktur dan tidak berstruktur.  Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif, Rapid Appraisal Process (RAP), Multi  Dimensional Scaling (MDS) dan Analytic Hierarchy Process (AHP). Dapatan kajian menunjukkan bahawa  terdapat lima kearifan tempatan dikenal pasti termasuk ‘Sasi’ yang digunakan dalam pemeliharaan  perikanan lestari. Dapatan kajian juga menunjukkan kelestarian kearifan tempatan wujud melalui  nilai- nilai.....

3469 hits

82018
Thesis
Pengaruh kepimpinan instruksional pengetua dan organisasi pembelajaran terhadap kualiti dan lulusan madrasah Aliyah negeri di Jakarta
Widhyanti Rosmaniar
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  pengaruh  kepimpinan  instruksional pengetua madrasah dan organisasi pembelajaran terhadap kualiti dan lulusan Madrasah Aliyah Negeri  di Jakarta. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif melalui kaedah temu bual  dan tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada enam orang peserta temu bual dan 150 orang guru. Data  temu bual dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan, manakala analisis deskriptif dan  inferens digunakan untuk data tinjauan. Dapatan kajian menunjukkan skor min tahap kepimpinan  instruksional (3.79), organisasi pembelajaran (3.66), kualiti madrasah (3.58) dan kualiti graduan  (3.58) adalah pada tahap yang tinggi. Di samping itu, terdapat pengaruh langsung yang signifikan  antara kepimpinan instruksional pengetua dan organisasi pembelajaran terhadap kualiti madrasah  (p..

2423 hits

92018
Thesis
Analisis pragmatik teromba adat perpatih berhubung isu pemecatan undang luak Johol ke-14
Abdul Karim Mansor
Kajian ini  meneliti kepentingan analisis pragmatik  teromba Adat Perpatih berdasarkan isu  pemecatan  Undang  Luak  Johol  Ke-14. Kajian  ini  juga  meneliti   kepentinga n penggunaan teromba, mengenal pasti unsur pragmatik dan kepentingan penggunaa n teromba serta  perkaitan kepentingan teromba berlandaskan nilai-nilai Islam dalam isu pemecatan. Analisis  pragmatik teromba ini berlandaskan teori  Relevans  yang diasaskan oleh Sperber & Wilson.  Prinsipnya merujuk kepada penggunaan struktur dalaman teromba yang berbentuk implisit, inferens dan  ujaran tak terucap. Pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kepustakaan, protokol temu bual,  pemerhatia n digunakan dalam kajian ini dan diperkukuhkan dengan teknik triangulasi data.  Berpandukan teori Relevans jumlah  responden  tidak  dipentingkan  tetapi mementingkan potensi  setiap responden. Pengkaji menemu bual masyarakat setempat, orang luar dan orang-orang yang  berpengetahuan asas adat yang m.....

9975 hits

102018
Thesis
Perusahaan hasil perikanan masyarakat Melayu pesisir di Terengganu
RuhaizanSulaiman@Abd Rahim
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkembangan sejarah ekonomi negeri Terengganu dengan memberi tumpuan ke atas perusahaan hasil perikanan masyarakat Melayu pesisir di  Terengganu dari tahun 1910 hingga 1941. Dalam tempoh ini, negeri Terengganu menunjukkan peningkatan  ekonomi yang memberangsangkan kesan daripada perusahaan hasil perikanan yang dijalankan oleh  masyarakat Melayu pesisir yang merangkumi perusahaan ikan kering, ikan bilis, budu, belacan dan  ikan jeruk. Kajian ini meneliti aspek-aspek yang mempengaruhi perusahaan hasil perikanan masyarakat  Melayu pesisir Terengganu. Isu dan cabaran yang dihadapi dalam perusahaan hasil perikanan turut  diketengahkan. Di samping itu, pelbagai langkah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan  mutu keluaran hasil perikanan. Kaedah penyelidikan kualitatif digunakan berdasarkan sumber primer  dan sekunder. Sumber primer dalam kajian ini seperti laporan tahunan, telegram, memorandum,  surat-menyurat dan lapora.....

4296 hits

[First] [Prev] Page 1 of 102 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.